Kisah Sebenar Video Pengasuh Dera Kanak-Kanak di Taska Taman Melati | Seorang bapa kepada kanak-kanak mangsa dera di pusat asuhan kanak-kanak menceritakan bagaimana pengasuh di Taska Permata Harapan membohonginya setiap kali diajukan soalan tentang kanak-kanak yang sering menangis di taska jagaan pengasuh tersebut.
Setiap kali mahu dihantar ke pusat asuhan, anaknya akan menangis. Curiga dengan situasi itu, seorang bapa bertindak memasang kamera tersembunyi bagi mengetahui puncanya.
Hasilnya cukup mengejutkan apabila anak-anak yang dihantar ke pusat asuhan itu, didapati dipukul dan ditampar oleh pengasuh.
Dakwa pengadu yang mahu dikenali sebagai Mohamad, situasi dialami anaknya telah berlarutan sejak empat bulan lalu. Pusat asuhan berkenaan terletak di Taman Melati, ibu negara.
Kemudian timbul idea untuk memasang kamera tersembunyi pada beg sekolah anaknya. Dan ini yang diperolehi hasil rakaman yang dilakukan pada 18 Oktober lalu. Kejadian berlaku pada salah seorang kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan ini.
"Sebelum buat rakaman sering mendengar setiap kali kita hantar anak ada je kanak-kanak menangis jawapannya sentiasa kata biasa kanak-kanak sentiasa menangis lepas mandi". Kata bapa kepada kanak-kanak mangsa dera.
Rakaman itu kemudian dikongsi dengan seorang ibu yang turut menghantar anaknya ke pusat asuhan tersebut.
Laporan polis sudah dibuat selain aduan dikemukakan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kemas.
Lebih mengejutkan apabila Kemas memaklumkan bahawa pusat asuhan itu tidak berdaftar.
cara mcm ni bole membunuh fikiran kanak2 yg sedang membesar.. ni semua nye nak duit je..
BalasHapusAnak2 harus dibelai... kalu nakal sekali pun x perlu nak pukul mcm tu sekali. Lagi2 di kepala. Ini adalah amanah dr semua parent yg hantar anak ke taska. Sebab duit semata2 mcm nielah jdnyer
BalasHapusHarapkan pagar,pagar x blh harap
BalasHapusSAMAN JEW....
BalasHapuskurangajar...xde perasaan lgsg...xpe...karma itu benar...semoga tuhan balas dgn balasan setimpal
BalasHapusSemoga pihak berwajib lebih peka........ ibu2 yang menghantar lebih sensitif....kesihan baby yg tak tau apa2 no
BalasHapushaiz.. septtnye seorg pengasuh adalah menjdi seperti ibu atau bapa kpd kanak2 semua.. sggh zalim.. ape punya manusia.. sggh tk berperikemanusiaan lgsg. cuba klau anak die kite pukul atau dera. Apa perasaan die?
BalasHapusbila pengasuh hanya mengemis duit orang.. jadi kerja pun takde amanah & tanggungjawab. manusia macam ni layak pijak ramai2 sampai mati jer
BalasHapusPanas >>GAMBAR BAKAL NURSE BERTUDUNG DENGAN ANU LELAKI
Isu >>PERBEZAAN PERANGAI NURSE HOSPITAL KULIM DAN SG BULOH
Orang macam ni memang tiada perasaan,, Nasib la belum terlambat untuk menyelamatkan anak-anak kecil namun menyebabkan anak-anak tersebut trauma....apa pun harap anak-anak tersebut akan sentiasa dalam keadaan baik..
BalasHapusmemang tak de hati perut....
BalasHapusDiharap pihak berwajib memandang serius isu2 camni. Bukan sekali dua, tapi dah banyak kali berlaku.
BalasHapus