Emak sering mengungkap saya sebagai ‘anak sial’ dan sering meluahkan sesalan tidak membunuh saya sejak kecil, sedangkan saya mempunyai pendidikan serta kerjaya baik.

Kini saya bekerja di sektor swasta dan mempunyai kehidupan stabil, tetapi ibu masih memberi gelaran buruk.
Apabila saya luahkan kepada ayah, dia hanya meminta saya bersabar.

Malah, sejak kecil lagi saya sering dipukul dan didera ibu. Tambah melukakan saya apabila dua adik saya selalu dapat barang yang diminta, sedangkan saya ditampar jika berhajatkan sesuatu.


Malah, sewaktu saya meluahkan hasrat ingin berkahwin bersama pasangan, ibu berkata dia memang suka dan tidak sabar untuk halau saya dari rumah.


Kadangkala saya berasa diri seperti anak tidak sah taraf dan apabila saya mengadu kepada namun ayah, dia berkata saya layak diwalikannya.

Saya sampai sekarang masih tidak tahu punca ibu membenci saya.


IEMA
Johor Bahru

Dang Setia simpati dan kagum mendengar masalah saudari. Ini kerana saudari sangat tabah menyimpan gelodak saban tahun. Malah, saudari kedengaran tiada dendam dan menyimpan hasrat ingin disayangi.

Bagi Dang Setia, jalan terbaik adalah saudari bersemuka dengan ibu dan tanya bagi menjawab persoalan mengapa saudari saja menerima layanan buruk, sedangkan dua adik saudari menerima kasih melimpah ruah.

Selain itu, bapa juga sumber yang boleh memberi jawapan mengenai sikap misteri ibuyang melayan saudari sedemikian.

Teruskan usaha memujuk dan berdoa semoga ibu saudari terbuka hati.-hmetro

Posting Komentar

  1. cuba yang termampu dan berdoa jelah kepada allah sepunya allah membuka hati ibu saudari... dan serah kepada allah

    BalasHapus
  2. Ibu juga adalah seorang manusia dan manusia itu kurang sempurna ada baik dan ada jahat , busuk hati, pilih kaseh , hasad dengki, pendendam dan macam macam lagi dan ibu saudari salah satu daripada manusia itu, tidak sempurna dan semua perbuatan buruk dan baik adalah individu itu sendiri tetapi bukan kerana dia memegang title seorang guru atau seorang ayah atau seorang IBU

    BalasHapus
  3. Permasalahan ini agak sama dgn apa yg saya alami selama ini..kata2 yg diucapkn oleh seorang ibu itu merupakn satu doa..mungkin kerana dia seorang ibu maka kata2 makian itu diperkenankn oleh Nya..mcm2 nasib malang menimpa saya satu demi satu..terdetik dlm hati apa salah saya pd ibu..apa mahunya semua saya turuti, tak pernah sekali saya menderhaka..tpi dia tetap ibu saya yg saya sanjung dn amat saya muliakn..kini saya redha sahaja..jgn sesekali mendendami ibu kita..syurga itu di telapak kaki ibu..semoga Allah memberkati penderitaan kita..amin..

    BalasHapus
  4. Saya juga pernah menerima nasib yg sama spt Dang Setia, bezanya saya lelaki...saya tidak disukai oleh mak saya dari kecil smpi beliau menghembus nafas terakhir. Misteri kenapa saya dibenci juga tak terjwb smpi skrg. alhamdulillah, saya mempunyai pekerjaan yg tetap dan tlh bekeluarga, walaupun adik beradik saya semuanya memulaukan saya, tapi saya tak pernah berdendam dgn mereka atau juga dgn aruah mak saya...saya sentiasa berdoa agar aruah mak diampunkan dosa ....

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top