22 Gambar 'Joemar', rakan suspek tembak Pegawai Bank. Kini jadi buruan Polis | KUALA LUMPUR: Susulan penangkapan suspek utama dalam kes rompakan dan bunuh di Ambank cawangan Subang Jaya, polis kini memburu rakan jenayahnya dikenali sebagai 'Joemar' yang disyaki menyimpan sebahagian besar hasil rompakan itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Joemar yang dipercayai warga Indonesia juga bersubahat merancang rompakan dengan suspek utama.

"Joemar bukan pengawal keselamatan dan dia diburu bagi mengesan semula wang rompakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah dari Perspektif Islam, di Maktab Polis Diraja Malaysia, Isnin.

Khalid juga berkata polis sudah mengenali identiti sebenar suspek utama itu dan mengesahkan lelaki berusia 35 tahun tersebut berasal dari Sulawesi, Indonesia.


Suspek sebelum ini menggunakan nama dan kad pengenalan palsu untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan sebuah syarikat kawalan keselamatan di ibu negara.

Lelaki itu diberkas oleh polis kira-kira pukul 7 pagi Ahad di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor selepas diburu sejak 23 Okt lalu.

Mengulas tangkapan lelaki itu, Khalid berkata polis tidak menemui wang rompakan pada suspek.

"Ini bermakna, kita hanya menemui hasil rompakan berjumlah RM20,000 yang ditemui bersama tiga ahli keluarga suspek sebelum ini. Kita juga sedang mengesan senjata api yang digunakan suspek dalam kejadian itu," katanya.

Hasil siasatan awal, suspek mengaku menggunakan kad pengenalan palsu yangdibeli daripada seorang lelaki Indonesia di Malaysia, katanya.

"Kita juga sedang menjalankan siasatan berhubung penjualan kad pengenalanpalsu ini termasuk harga yang ditawarkan walaupun kad pengenalan palsu ini tidakboleh diakses oleh peranti biometrik," katanya.

Sehingga malam Isnin, polis menahan 12 orang termasuk suspek utama berhubung kes itu.

Dari blog mazidul

JOEMAR OMAR? OSMAN SALLEH? WARGANEGARA INDONESIA PEMILIK MYKAD PASLU? DAN BEKERJA SEBAGAI ...


Nama tercatat di kad tanda nama, Osman BIN Salleh dan dipercayai bertugas sebagai pengawal keselamatan. 

Nombor MyKad  840713-12-5207. 

Angka 12 di tengah menunjukkan dia, kononnya berasal dari Sabah.

Melalui pemeriksaan maklumat, saya dimaklumkan oleh sumber berkredibiliti, nombor MyKad terbabit TIDAK wujud dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara.


Jika diteliti informasi dicatatkan di facebooknya, dia memiliki dua akaun bank. Untuk membuka akaun di institusi perbankan, setiap pelanggan warganegara Malaysia perlu menyerahkan MyKad kepada kakitangan bank untuk urusan pembukaan akaun.

Begitulah peraturannya.

Dokumen apakah digunakannya sewaktu membuka akaun bank?  Tentunya MyKad. Apakah status dokumen itu?


Namun peliknya, lelaki terbabit, warganegara INDONESIA, mendakwa berasal dari Den Pasar, Bali. 

Mengikut undang-undang di Malaysia, warganegara Indonesia TIDAK dibenarkan menjadi pengawal keselamatan. Apatah lagi diberikan akses kepada senjata api.


Klik di sini untuk melawati akaun facebook Joemar Omar.  Itu nama digunakannya. Jadi, siapakah Omar BIN Salleh? Warganegara Indonesia tidak menggunakan perkataan BIN.

Status laman sosialnya tidak dikemaskini sejak 23 Oktober, tarikh pegawai operasi Ambank ditembak mati di Subang Jaya, Selangor.

Barangkali satu kebetulan.

Bahasa digunakannya tatkala berkomunikasi di facebook juga sama dengan bahasa perhubungan pembunuh berasal dari Sulawesi, kini masih diburu oleh polis.



Klik di sini dan di sini untuk melawati facebook pembunuh di atas (polis mengesahkan akaun terbabit miliknya)


Saya telah menghubungi Jabatan Korporat Komunikasi Sapura dan memaklumkan kakitangan bertugas mengenai kes ini. Difahamkan, pengawal keselamatan bertugas di premis syarikat terbabit berada di bawah kendalian pemilik bangunan.

copy paste dari blog amekkaww

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top