Uqasha Nafi Curang Dengan Sharnaaz | Walaupun Pekin Ibrahim sudah mengeluarkan kenyataan bahawa hubungan cinta yang dibina sudah putus di tengah jalan gara-gara kecurangan Uqasha Senrose, aktres itu menafikan perkara tersebut.

Malah dia tak sangka kekasihnya itu sanggup memburukkan dirinya kepada pihak media.

“Saya tidak sangka seorang pelakon yang sudah 16 tahun dalam industri tergamak memberi kenyataan melulu kepda media tanpa berbincang dahulu dengan saya,” katanya yang dipetik menerusi laporan sebuah akhbar harian.

Pekin sebelum ini mendakwa Uqasha mencuranginya dengan mengadakan hubungan sulit bersama aktor popular, Sharnaaz Ahmad.

Malah, Uqasha juga menafikan dirinya mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan bekas kekasih Shila Amzah itu.

Kakak kepada Nelydia Senrose itu juga bertegas mahu Pekin menunjukkan bukti sekiranya benar dirinya curang dan bersalah dalam hal ini.

Sebaliknya, dia berkata sebelum ini hubungan mereka kerap dilanda masalah gara-gara sikap kasar dan panas baran aktor kelahiran Kelantan itu.

“Walaupun dia tidak pernah memukul saya tetapi dia sering memarahi dan memutus hubungan kami. Selang lima minit kemudian dia akan memujuk saya semula,” ujarnya lagi.

Nampaknya pasangan ini sudah mula saling berbalas kenyataan kepada pihak media, apa kata duduk bersemuka berbincang apa yang terbaik buat mereka daripada saling tuduh menuduh begini.

Kan lebih baik begitu?

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top