Gambar Dan Video 13 Mayat Dan KuburPenceroboh Di Dedahkan |Setelah ramai yang mendesak pihak berkuasa mendedahkan gambar mayat-mayat pihak penceroboh kesultanan sulu, akhirnya petang tadi pihak berkuasa tampil di media dengan dibawa bersama gambar mayat penceroboh.
Datuk Seri Hishamudin dan Zaid Hamidi mendedahkan bahawa 13 Mayat Penceroboh ditemui pada petang tadi manakala CID dan Forensik pula telah menemui kubur 7 penceroboh yang maut.
Dalam pada itu, pasukan Forensik diserang oleh kumpulan penceroboh kesultanan sulu ketika membuat pemeriksaan dan pengesahan kubur dan mayat penceroboh kira-kira jam 1.45 petang namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku Ops Daulat Hari Kedua tersebut.
Mereka berkata lagi, pengamal media sosial khususnya perlu lebih bertanggungjawab dan menghormati anggota keselamatan serta keluarga-keluarga wira yang terkorban.
Laporan akhbar tempatan hari ini mendakwa seramai 30 orang penceroboh Sulu terbunuh dalam serangan besar-besaran melalui Ops Sulu, yang kemudiannya dinamakan Ops Daulat, di pantai timur Sabah semalam.
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
EmoticonSila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.