Rozita Che Wan Di Tegur Secara Ikhlas Oleh Dr.Harlina Halizah Siraj Tentang Seksi Itu Hak Dirinya | Kenyataan Rozita Che Wan yang seksi itu hak dirinya mengundang pelbagai reaksi dari peminat dunia hiburan. Ada yang mempertahankan, ada yang berdiri atas pagar dan yang mencemuh juga lebih lagi.
Semuanya bermula apabila Rozita dikritik oleh orang ramai kerana berpakaian singkat sehingga menampakkan paha dalam gambar yang dimuat naik ke akaun Instagram bakal suaminya iaitu pelakon Zain Saidin. Cara berpakaian Rozita dianggap tidak sesuai dengan usianya yang sudah mencecah 40-an itu walaupun untuk wanita seusia dirinya, Rozita bolehlah dikatakan cantik.
Susulan dari kontroversi itu, Zain Saidin telahpun menyahaktifkan akaun Instagramnya. Dakwanya, dia ingin menjaga maruah Rozita sebagai bakal isterinya, namun di sini kami tampilkan satu teguran ikhlas dari Dr.Harlina Halizah Siraj tentang kenyataan Rozita. Adalah diharap perkongsian artikel ini akan memberi manfaat bukan saja kepada Rozita, malah kepada masyarakat secara keseluruhannya.
Salam ukhuwah.
Atas dasar tanggungjawab dan amanah, Dr Har memberanikan diri mengajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan – di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah dengan teguran orang lain di sekeliling. Apa yang lebih menyedihkan – apabila alasan yg diberikan berlandaskan hujah hak asasi peribadi, yang dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang itu.
Terbaru, hari ini (21 Mac 2013) terdapat laporan akhbar harian mengenai komen seorang yang dikenali ramai mengenai `hak peribadi’nya utk berpakaian seksi. Beliau juga memberi amaran agar orang ramai jangan terlalu menjaga `tepi kainnya’. Sedih dan sayu rasa hati membaca komen tersebut. Masakan boleh Dr Har buat tak kisah dan membiarkan golongan ini begitu sahaja. Kalau ada yang mahu mengatakan : `Who cares?’, Dr Har jawab
`I do care! A lot!‘
Dalam konteks ini, perlu sangat diperjelaskan bila nak bercakap pasal hak, ada beberapa noktah yang mesti diperhatikan :
Jangan lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT yang Maha Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk disembah, dipatuhi dan diagungkan. Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia. Larangan yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia itu sendiri, maka jauhilah sejauh-jauhnya. Membelakangkan hak Allah, tidak memperdulikan suruhan-Nya – adalah satu manifestasi kesombongan yang luarbiasa!
Janganlah pula terlupa, tubuh badan kita sebenarnya bukan hak milik kita, yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Ianya hanya pinjaman sementara, dari Empunya yang tidak pernah terleka. Keindahan tubuh badan ini boleh hilang sekelip mata, semua terpulang kepada yang Empunya. Bukankah kita mengimani adanya Hari Pembalasan di Padang Mahsyar? Khabarnya, itulah saat segala anggota tubuh badan kita akan mengadu perihal penyalahgunaan dan pengkhianatan kita. Mulut yg begitu lantang bersuara semasa di dunia, terkunci rapat semasa ditimbangtara. Tentu sekali kita takkan boleh berkata kepada Tuhan yang Empunya segalanya, `Jangan jaga tepi kainku!’
Jangan lupa, selain hak adanya pula tanggungjawab dan rasa hormat. Tiga aspek ini :Responsibilities, Rights & Respect – 3R, tak boleh dipisahkan. Hak hanya boleh diberikan kpd mereka yg sudah menjalankan tgjwb & peranan mereka dengan baik dan sempurna. Peruntukan hak mestilah pula dihormati. Jangan asyik berhujah dengan hak kita yang itu dan yang ini. Tanyakan pada diri, sudahkah tanggungjawab dan peranan asasi kita sebagai hamba Allah dan khalifah terlaksana? Kalau belum, hak apa sebenarnya yang ada pada dirimu?
Jangan lupa, kita manusia makhluk Allah yg perlu hidup secara berkelompok dan bersosial. Kita manusia lemah, amat saling bergantungan dan perlu-memerlukan. Selain hak individu, ada di sana hak kolektif (jamaĆ­) yang menjadi milik komuniti di sekelilingmu. Bila bertembung antara hak individu kita dengan hak kolektif massa – ketahuilah, hak kolektiflah yang harus didahulu dan diutamakan. Demi sebuah ketenangan hidup yang penuh rasa hormat-menghormati, ayuh kita belajar dari kelompok manusia dulu – mendahulukan hak kolektif dibandingkan hak individu.
Mungkin yang paling mendapat manfaat dari nukilan ini, bukanlah kelompok sasaran yang diajukan teguran.
Tak mengapalah, Dr Har yakin, ada kelompok yang pasti mendapat sedikit peringatan dan tazkirah.
Fazakkir, innafa’atiz zikra : Dr Har akan terus memberi peringatan, sesungguhnya peringatan yang berulang-ulang itu banyak manfaatnya!
Salam ukhuwah :
Dr.Harlina Halizah Siraj ( Dr.Har)
Untuk makluman anda, Dr. Har ialah seorang Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Naib Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM). Jika anda ingin membaca blog Dr. Har, sila ke sini.

Posting Komentar

  1. Manusia skrg xleh dtegur.. .sbb merasa dri adalah yg trbaek dri org laen. ..Ya ALLAH.. ..lindungilah aku dri mnjd manusia yg kufur.. ..

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top