Ramai Yang Tidak Tahu Khasiatnya Makan Kaki Ayam | Kaki ayam merupakan bahagian paling tak popular di kalangan kita. Kalau dibuat bancian tentu ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak menyukainya. Banyak alasan yang diberi, antaranya, tak ada isi, jijik, konon nya kerana kaki ayam itu diguna untuk mencakar segala macam benda, dan berbagai alasan lagi.
Tetapi tahu kah kita disebalik tidak popularnya kaki ayam itu ia mengandungi khasiat yang tidak ketahui ramai. Jadi, mulai sekarang jangan lagi dibuang kaki ayam. Jadikan ia satu dari sumber makanan yang menyumbang ke arah kesihatan yang baik.
**New York: Kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari.
Bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur.
Pengambilan minuman atau makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah satu cara mengelak serangan osteoporosis.
Elak tulang rapuh
Tanda disedari, kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelak tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia.
Laman web firma produk dan penyedia perkhidmatan kesihatan Bl Health menyatakan hydroxyapatite adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang makanan. Secara logiknya, makanan tepat untuk tulang adalah tulang.
“Kaki ayam dikatakan satu daripada makanan yang kaya dengan zat itu,” kata laman web itu.
Kita tidak perlu lagi memperkecilkan kaki ayam kerana ia kaya dengan khasiat protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan kolagen iaitu sejenis protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna kekuningan. – Agensi
berita2 yg jrg di dengari amat berguna buat semua teruskan dan tingkatkan berita yg bermanafaat buat semua rakan2 kita di laman sebegini tq
BalasHapusI like this kaki ayam... memang sedap kalau di masak kicap atau rendang.
BalasHapuskalo camtu mari ramai2 makan kaki..........ayam....lembu .....kambing...
BalasHapussup kaki ayam pon sodap.. nyum..nyumm
BalasHapusMacam mane nak makan kaki ayam? Tak retilah
BalasHapusSup kaki ayam kegemayan saya.
BalasHapusKegemayan Kegemayan Kegemayan Kegemayan Kegemayan Kegemayan Kegemayan Kegemayan Kegemayan Kegemayan Kegemayan Kegemayan Kegemayan Kegemayan Kegemayan Kegemayan Kegemayan Kegemayan Kegemayan Kegemayan
Hapusnampaknya tersenyum meleretlah mak2 kita yg bermasalah sakit lutut tahu kelebihan kaki ayam ni... x payah beli prodk mahal
BalasHapussedap ni masak kerabu kaki ayam kena dgn nasik panas2
BalasHapusNie kang semua nak makan kaki ayam, yang tak pernah makan kaki ayam pun habis dok kunyah sepinggan kaki ayam.
BalasHapusJangan kita terkeliru bukan kaki ayam sahaja yang konon kaya dengan sumber protein yang tinggi yang baik untuk tulang. Jangan lupa susu pun sangat kaya dengan protein dan sangat baik untuk tulang, dan semua jenis tulang tulang pun sangat baik untuk menghindar penyakit osteoporosis sebab ia kaya dengan sumber protein yang tinggi dan sangat baik untuk tulang.
Tapi anda larat ke nak kunyah tulang kaki ayam atau tulanh lembu kambing ikan.. kecuali ikan bilis. Sebab tu bagus gak makan ikan bilis goreng sekali sekali sebab kita leh makan dengan tulang tulang dia sekali.
Penyakit tulang rapuh nie atau osteoporosis nie cuma pempuan aje yang selalu kena sebab mereka menyusukan baby dan akhirnye mereka sendiri kekurangan sumber tersebut lalu diserng penyakit tulang rapuh..
Kesiankan ibu kita.. huhukhukhuk ada tissue paper
kaki ayam masak kari perhh
BalasHapusSaya salah seorang yang suka makan kaki ayam.. waktu berkerja ... lunch break suka masak sup kaki ayam dan ajak kawan2 makan..
BalasHapusorg islam tidak boleh makan tulang kan???
BalasHapuskalau mcm ni aku nak makan kaki ayam banyak2 ler biar tulang jadi kuat
BalasHapuskaki ayam aku paling suka..lebih2 lagi campur nasi air sup+ kaki ayam rebus..pehh...meleleh
BalasHapuslu dah pekena pengat kaki ayam...lagi sdap bro..
BalasHapuskaki ayam kalau masak sup memang umphh ! kelembutan dan keempukannye memang tak jemu nak makan . hehehe . dalam keluarga aku sorang je makan kaki ayam . . yang lain semua geli . apedahhh
BalasHapusMy febret 2 kalo masak kari ungkep pehhhh...!!!!
BalasHapusMy febret tu...kalo buat sup kaki ayam....perrrgghhhh....mkn nasi pnas2..ade plok sambal kicap...BESTTTT <3 <3 ;-)
BalasHapusDah tau info tentang kaki ayam pasni bru nk bjinak2 makan kaki ayam sebelum ni memang xpandang pun kaki ayam ni huhu..
BalasHapus