Kumpulan Bersenjata Enggan Berundur, Harap Penyelesaian Aman – Jurucakap Sultan Sulu | PETALING JAYA: Kumpulan bersenjata yang mendakwa tentera diraja Sultan Sulu masih enggan berundur dari tempat persembunyian mereka sambil berharap ada jalan penyelesaian aman dalam insiden pencerobohan, kata jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani pada Sabtu.

Idjirani, yang juga Ketua Setiausaha Kesultanan Sulu berkata, Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III, masih mahu berbincang mengenai isu pemilikan ke atas Sabah.

"Kami masih mahu duduk berbincang dan menyelesaikan isu ini, beliau juga berharap pintu rindungan masih dibuka.

"Isteri, Raja Muda Azzimudie Kiram juga memaklumkan baginda berada dalam keadaan selamat dan sihat,” katanya melalui perbualan telefon bersama The Star dari Manila.

Azzimudie mengetuai kumpulan bersenjata seramai 200 orang yang bersembunyi di Tanduo.

Idjirani berkata beliau bagaimanapun masih belum dapat menghubungi Azzimudie sejak Jumaat, sekaligus mengesahkan kepada The Star bahawa banyak panggilan telefon terhadap Raja Muda mengesahkan apa perkara yang tidak kena.

"Memang jelas beliau dan pengikutnya sangat terkejut, berlaku serangan daripada pihak berkuasa Malaysia," yang menegaskan pasukan keselamatan Malaysia telah melancarkan serangan terlebih dahulu.

Beliau turut menolak dakwaan kumpulan bersenjata mereka telah menggunakan taktik mengibarkan bendera putih sebagai tanda menyerah diri untuk memerangkap anggota polis komando dalam insiden tembakan berkenaan.

"Sangat jelas Perdana Menteri Malaysia, (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) telah memberi mandat dan tanggungjawab kepada pasukan Angkatan Tentera Malaysia, yang kemudiannya memulakan serangan ini," katanya.

Idjirani turut memaklumkan bahawa beliau tidak mengetahui apa-apa mengenai perbincangan di antara Najib dengan Presiden Filipina, Benigno Aquino III.

"Kami tidak dimaklumkan mengenai perkara ini," katanya.-mstar

Posting Komentar

  1. adakah syahid jika islam serang islam,kenapa tidak dgn saluran aman,seperti sebelum ini pulau batu putih.bawa ke mahkamah dunia...

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top