EKSKLUSIF: Jutawan Wanita Malaysia Dan 95 Pengikutnya Ditangkap Di Mekah! | MEKAH – Seorang jutawan wanita dan 95 orang pengikutnya yang terdiri daripada warga Malaysia dan Indonesia ditahan dalam satu serbuan oleh pihak berkuasa Arab Saudi di sebuah villa di sini semalam.

Berumur 52 tahun, dia dan pengikutnya diberkas kerana disyaki menjalankan kegiatan ‘mencurigakan’ dan ‘penyelewengan’ dalam agama.

Serbuan dibuat di tiga buah lokasi banglo mewah iaitu dua buah di daerah Al Khalidiya dan sebuah lagi di kawasan di antara Mekah dan Jeddah.

Difahamkan, wanita berkenaan yang juga KETUA KUMPULAN itu kini hidup mewah di sini hasil daripada kegiatan ‘mencurigakan’ dia dan pengikutnya itu.



Mynewshub.my diberitahu yang kesemua banglo itu dipercayai disewa untuk memudahkan kegiatan dan pergerakan ahli kumpulan tersebut. – Mynewshub.my

Posting Komentar

  1. Seorang lelaki asnaf fakir miskin. Berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Terima kasih.

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top