Tips Untuk Memilih Suami Yang Penyabar

1. Kita boleh kenal dari dia yang sanggup menunggu kita. Cuba tengok muka dia. Kalau orang panas baran, memang dia tak boleh tahan menunggu. Lelaki yang sabar boleh menunggu. Tapi janganlah mengarut lamanya.

2. Cuba kita mintak dia ajar kita sesuatu topik atau kalau sama kuliah, cuba kita mintak tunjukkan apa yang kita tak faham.

Jarang suami atau orang panas baran dapat sembunyikan amarahnya. Lelaki penyabar tidak cepat bosan dan sabar mengajar kita.

3. Cuba kita uji dia dengan membawa anak saudara kita terutamanya budak2 lelaki. Cuba perhatikan mahu atau tidak dia melayan budak2 kecil.

Jarang juga orang lelaki yg panas baran rajin melayan kerenah budak2.
Sikap ini selalu orang terlepas pandang.


4. Selalunya suami atau lelaki penyabar ini tidak kuat cemburunya. Lelaki panas baran selalu dikatakan cemburu yang keterlaluan.

Cemburu yang kadangkala mengarut. Janganlah kita perasan yang kononnya dia terlebih sayang kita. Berhati-hati dengan lelaki jenis ini.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top