Tidak Suci Air Kencing Menyebabkan Siksa Kubur | بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
ISLAM SANGAT MEMANDANG BERAT tentang masaalah BERSUCI (THAHARAH) sebelum mendirikan solat dan ibadat2 lain...AIR KENCING ADALAH tergolong ke dalam najis dan wajib disucikan.. Apabila seseorang Muslim bersikap sambil lewa dan meringan2kan kewajipan ini dan tidak BENAR2 BERUSAHA untuk bersuci dari air kencingnya (dengan menentukan ia benar2 habis keluar dari kemaluannya) maka ia telah melakukan DOSA BESAR... INI MENGAKIBATKAN SOLAT yang dilakukannya TIDAK SAH...

Dari Ibnu Abbas r.anhuma, katanya: Nabi s.a.w. telah melewati dua buah kubur seraya bersabda: “SESUNGGUHNYA KEDUA2 PENGHUNI KUBUR INI SEDANG DIAZAB kerana dosa besar yg dilakukan..adapun salah seorang dari mereka berjalan dengan membawa 'namimah' (fitnah antara orang ramai), dan yg kedua pula TIDAK BENAR2 BERSUCI DARI KECINGNYA..”... (Dikeluarkan oleh Al Bukhari dan Muslim di dalam kitab shahih kedua2nya)... Iaitu tidak berjaga-jaga dari air kencing dari mengenai tubuhnya dan pakaiannya...
Dalam sebuah hadith yg lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bersucilah dari air kencing, KERANA KEBANYAKKAN AZAB KUBUR ADALAH DISEBABKANNYA (air kencing yg tidak suci dari tubuh dan pakaiannya).." (H.R. Ad Daruqutni)..

Umat Islam hari ini SANGAT KURANG memberi perhatian serius masaalah buang air kecil.. Banyak di kalangan umat Islam meniru cara orang2 bukan Islam BUANG AIR KECIL DI TEMPAT YANG TERDEDAH, sambil berdiri, dan air untuk membasuh air kencing yang sangat sedikit atau tiada air langsung.... Perhatikanlah DI HENTIAN2 LEBUHRAYA, DI BANGUNAN2 PEJABAT, atau di mana juga... Bukan tidak ada tempat membuang air kecil yang bertutup, tetapi tidak digunakan... Akibatnya, secara tidak disedari, air kencing terpercik ke ke tubuh dan ke pakaian, yang menyebabkan tubuh serta pakaiannya tidak suci dan tidak boleh di guna untuk bersolat...

 (Sumber: Ustaz Ramli Joned) via FB Oh My Islam

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top