Tasha Shilla Enggan Ulas Permohonan Maaf Neelofa | PETALING JAYA: Aktres Tasha Shilla enggan mengulas lanjut berhubung pengakuan terbaharu aktres Neelofa bahawa mereka akhirnya bermaafan pada minggu lalu sejak kes salah faham pada tahun lalu.
Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 26, berkata, dia tidak pernah menganggap hubungannya dengan Neelofa bermasalah walaupun timbul pelbagai spekulasi kononnya mereka bermasam muka sebelum ini.
“Saya tiada apa hendak komen kerana memang tidak pernah anggap ada masalah antara kami. Saya seorang yang profesional dan terbuka,” ulasnya ketika dihubungi mStar Onlinedi sini, petang Ahad.
Tasha berkata demikian sebagai respons kepada pengakuan Neelofa bahawa mereka bertembung buat pertama kali ketika siaran rancangan Wanita Hari Ini pada minggu lalu di TV3, sejak kes salah faham sebelum ini.
Ujar Neelofa, dalam pertemuan singkat itu, mereka sempat berbual dan dia memohon maaf kepada Tasha atas komen yang diberikan berhubung kejayaan aktres itu sebagai Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) menerusi sebuah akhbar mingguan.
Ditanya mengenai hal itu, Tasha berkata, dia mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut kerana enggan kes itu berlanjutan.
“Saya enggan komen banyak kerana tidak mahu perkara (salah faham) ini berpanjangan pada masa akan datang,” katanya.
Beralih pada kerjaya, Tasha berharap drama bersiri terbaharu lakonannya iaitu Rindu Bertamu Di Abu Dhabi akan memberikan impak tersendiri.
Tasha yang menggalas watak Ain Farohah berkata, sub-plot dan konflik yang berlainan pada setiap episod menjadikan jalan ceritanya menarik perhatian penonton kelak.
“Saya tak nak anggap ia (drama) akan jadi fenomena atau pun tidak tetapi saya yakin jalan cerita yang menarik ini akan membuatkan penonton tertunggu-tunggu pada setiap episod,” katanya.
Drama bersiri 28 episod terbitan Zeel Production akan ditayangkan bermula hari ini pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam di TV3.
Related Posts
- Senarai 16 Peserta Bertanding Gelanggang Maharaja Lawak Mega 201315 Nov 20130
16 Peserta bakal berentap di Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013 mulai Jumaat 15 November 2...Read more »
- ‘Perang’ Anatara Rabecca-Eirma belum berakhir?12 Nov 20130
‘Perang’ Anatara Rabecca-Eirma belum berakhir? | “SAYA harap dia berpijak di bumi yang nyata. Ter...Read more »
- EKSLUSIF : 64 Gambar Majlis Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar10 Nov 20136
EKSLUSIF : 64 Gambar Majlis Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar | Tahniah diucapkan kepada Pelako...Read more »
- Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Cuba Berpropaganda? - Zubir BiPOP10 Nov 20130
Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Cuba Berpropaganda? - Zubir BiPOP | Kalau semalam Aeril Zafrel ...Read more »
- Rebecca Menang Kes Saman Erma Fatima10 Nov 20131
Rebecca Menang Kes Saman Erma Fatima | Susulan kes saman yang dibuat oleh aktres Rebecca Nur...Read more »
- Fitnah Berkahwin Dengan Ummi Nazeera Adalah Serangan Peribadi06 Nov 20131
Fitnah Berkahwin Dengan Ummi Nazeera Adalah Serangan Peribadi | PELAKON Aeril Zafrel mengang...Read more »
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
EmoticonSila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.