Tadi malam waktu akan tidur, aku lihat kamu tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca Ayat Kursi dan Kuhlu. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-Qur’an. Sesungguhnya kamu tidak membuang-buang masa.
Pagi ini aku lihat kamu tidak bangun mengerjakan solat subuh. Bagus sekali ! Kamu telah membuktikan bahwa kamu adalah sahabatku yang budiman. Janganlah kamu susah-susah bangun dan memendekkan tidurnya. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan kamu dari tidurmu. Bila subuh dating menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.
Aku lihat kamu jarang-jarang mengambil wudu’. Ini bagus sekali kerana kamu tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu.
Aku lihat kamu tidak pernah membaca Bismilla sewaktu akan makan. Ini bagus, kerana kamu tidak memenatkan mulutmu. Dan bila sudah kenyang, kamu tak pernah menyebut Alhamdulillah. Ini bagus juga. Cukuplah kamu sedawa kuat-kuat seperti lembu.
Aku lihat apabila kamu bertemu dengan sahabat handaimu, kamu tidak mengucapkan Assalamualaikum. Kamu mengucapkan “Hi Everybody” Ini bagus juga kerana kamu menunjukkan bahwa egkau mengerti adab resam orang kafir dan kamu mengerti bahasa Inggeris. Tak perlu egkau belajar membaca bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antara-bangsa.
Kamu telah membuktikan bahwa kamu dan aku adalah sahabat sejati. Sudah tentu kamu adalah seorang yang budiman kepada kaumku. Diakhirat nanti, kamu dan aku dapat berjalan bersama-sana …. Kita berpegang-tangan … menuju Neraka Jahanam.
Related Posts
- Antara Cinta Dan Nafsu26 Feb 20130
Antara Cinta Dan Nafsu 1. Cinta itu membahagiakan, Nafsu itu Membahayakan Cinta yang sebenar...Read more »
- Belajar Kawal Perasaan Dari Lelaki26 Feb 20130
Belajar Kawal Perasaan Dari Lelaki 1) Lelaki tidak pernah rasa simpati pada diri mereka sendiri...Read more »
- Kasih Seorang Ibu18 Feb 20134
Kasih Seorang Ibu “Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu be...Read more »
- 7C Menyebabkan suami Cari Lain18 Feb 20130
7C Menyebabkan suami Cari Lain C1. CABAR Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah ka...Read more »
- Burung Murai18 Feb 20130
Burung Murai 1979====Anak : Burung aper?Bapak : Burung MuraiAnak : Burung aper?Bapak : Burung M...Read more »
- Kerana Dia Seorang Ayah17 Feb 20130
KERANA DIA SEORANG AYAH [Kisah Benar sebagai pengajaran dan pedoman buat kalian] *selepa...Read more »
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Semoga artikel ini memberi pedoman kepada kita semua betapa jahat nya iblis musuh yang terang lagi nyata
BalasHapus