Shila Amzah Buat Persembahan Selepas 'Menghilangkan' Diri | PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah yang mencetuskan kontroversi susulan kehilangannya sejak enam hari lalu tidak menghampakan peminat-peminatnya apabila dia muncul membuat persembahan di Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia.
Menurut laporan akhbar Berita Harian pada Isnin, Shila telah memberikan persembahan yang cukup bertenaga di Sekolah Tinggi Han Chiang di Pulau Pinang, tengah hari Isnin walaupun kemelut cinta bersama Sharnaaz dan keluarganya masih lagi belum selesai.
Penyanyi itu membuka tirai dengan menyanyikan lagu berbahasa Mandarin, dan lagu berbahasa Inggeris Adele, Set fire to the Rain selain lagu Patah Seribu.
Sementara itu, Shila pada malam Ahad tiba di Pulau Pinang bersama bapanya, ND Lala dan kelihatan ceria ditemani pengawal peribadi.
Bagaimanapun dia enggan mengulas mengenai kemelutnya itu kepada pihak media dan dilihat dia tetap melayan peminat-peminatnya di sebuah hotel.
Dalam pada itu, penyanyi rap Korea Selatan, Psy menutup tirai Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia.
Psy yang pertama kali membuat pesembahan di negara ini sempena program anjuran Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, menyayikan lagu popularnya "Gangnam Style" dengan disaksikan kira-kira 100,000 pengunjung.
Kisah cinta Shila dan Sharnaaz menjadi tegang apabila ND Lala dikatakan tidak merestui hubungan pasangan terbabit.
Malah Sharnaaz sebelum ini yang berhajat untuk merisik Shila pada Mac depan terpaksa membatalkan niatnya kerana masalah tersebut.
Shila yang ‘melarikan’ diri selepas pulang dari Shanghai, China minggu lalu akibat tertekan dengan konflik itu bagaimanapun sudah kembali ke pangkuan keluarga pada Sabtu.
Pada Jumaat lalu, Shila memuat naikkan rakaman kesedihannya sambil menangis teresak-esak ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu dalam YouTube selain mengharapkan kejernihan terhadap kemelut yang melanda.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top