Lisa Surihani Terharu Terima Ucapan Yusri Di Radio Era FM | PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani, 26, bergenang air mata dan berasa terharu selepas menerima kejutan ucapan istimewa daripada suaminya, penyanyi Yusry Abdul Halim, 40, menerusi saluran radio Era FM sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada 23 Februari lalu
Menurut Lisa, pada malam ulang tahun itu, suaminya turut mendedikasikan sebuah lagu istimewa bertajuk Selamat Hari Kita yang turut diputarkan stesen radio berkenaan ketika mereka dalam perjalanan ke sebuah restoran untuk makan malam.
"Kisahnya, Yusry ingin membawa saya ke sebuah restoran sempena menyambut ulang tahun pertama kami namun ketika dalam perjalanan dia suruh saya membuka stesen radio Era.
"Ketika itu penyampai Adi Fashla sedang bertugas yang meminta pendengar untuk menghubunginya jika mahu membuat ucapan.
"Bagaimanapun saya benar-benar terkejut apabila selepas hebahan itu, suara Yusry pula yang ke udara sambil menuju ucapan istimewa kepada saya," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini Selasa.
Rakaman ucapan itu dirakamkan terlebih dahulu.
Kata Lisa, ketika itu dia tergamam dan terharu sambil menganggap ia adalah kejutan paling bernilai dalam hidupnya.
"Saya terharu sebab walaupun dia sibuk dengan urusan kerja namun dia masih ada masa untuk buat lagu untuk saya. Dia ada beritahu saya yang dia berasa bimbang kalau-kalau ada rakan-rakan yang terlibat dengan pembikinan lagu itu membocorkan perkara itu kepada saya," katanya.
Jelasnya, lagu tersebut juga diperdengarkan kepada umum buat pertama kali pada malam ulang tahun perkahwinan mereka itu.
Sementara itu, Lisa memberitahu setelah setahun usia perkahwinan mereka, dia berasa sangat bahagia dan bersyukur dapat melalui hari-hari tersebut dengan orang yang tersayang dalam hidupnya.
"Setahun ini adalah yang paling indah dan bahagia buat saya sebagai seorang isteri kepada Yusry. Banyak perkara yang saya pelajari dan sedang cuba untuk belajar menjadi seorang isteri yang terbaik," ujarnya yang mengakui kini lebih menitik beratkan soal penampilan dan gaya selepas berkahwin.
Bercakap soal cahaya mata, Lisa berkata, dia menyerahkan perkara tersebut kepada Allah.
"Saya sudah bersedia tapi ini rezeki Allah, insya-Allah kalau ada rezeki ini saya akan beritahu. Saya tahu ramai peminat yang menunggu dan mendoakan yang terbaik buat kami," ujarnya.
Related Posts
- Senarai 16 Peserta Bertanding Gelanggang Maharaja Lawak Mega 201315 Nov 20130
16 Peserta bakal berentap di Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013 mulai Jumaat 15 November 2...Read more »
- ‘Perang’ Anatara Rabecca-Eirma belum berakhir?12 Nov 20130
‘Perang’ Anatara Rabecca-Eirma belum berakhir? | “SAYA harap dia berpijak di bumi yang nyata. Ter...Read more »
- EKSLUSIF : 64 Gambar Majlis Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar10 Nov 20136
EKSLUSIF : 64 Gambar Majlis Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar | Tahniah diucapkan kepada Pelako...Read more »
- Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Cuba Berpropaganda? - Zubir BiPOP10 Nov 20130
Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Cuba Berpropaganda? - Zubir BiPOP | Kalau semalam Aeril Zafrel ...Read more »
- Rebecca Menang Kes Saman Erma Fatima10 Nov 20131
Rebecca Menang Kes Saman Erma Fatima | Susulan kes saman yang dibuat oleh aktres Rebecca Nur...Read more »
- Fitnah Berkahwin Dengan Ummi Nazeera Adalah Serangan Peribadi06 Nov 20131
Fitnah Berkahwin Dengan Ummi Nazeera Adalah Serangan Peribadi | PELAKON Aeril Zafrel mengang...Read more »
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
EmoticonSila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.