Kini Aznil Bergelar Datuk | PETALING JAYA: Seseorang yang menerima sebarang kurniaan daripada kerajaan mesti dihormati dan setiap individu wajar memanggil mereka berdasarkan kepada gelaran yang diterima.
Datuk Aznil Nawawi, 51, berkata, sesetengah pihak mungkin memandang remeh terhadap sesuatu gelaran tetapi sebagai individu, kita haruslah menanam sikap untuk menghormati setiap darjah kebesaran yang dikurniakan.
"Kita perlu hormat dengan gelaran yang diberikan dan tidak wajar memperlekehkannya.
"Sesuatu darjah itu adalah pengiktirafan yang tinggi dan tidak wajar sekiranya ada yang tidak menghormati penganugerahan tersebut," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.
Aznil dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) bergelar Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena Hari Wilayah Persekutuan pada Jumaat.
Ditanya adakah panggilan nama Pak Nil yang digunakan selama ini akan bertukar mengikut anugerah yang baru diberikan, pengacara itu berkata dia tidak kisah dengan nama apa yang mahu dipanggil kepadanya.
"Tak kisah, panggillah saya apa-apa pun, tetapi biarlah kita menghormati individu yang memberikan anugerah tersebut.
"Bagi saya ini merupakan satu pengiktirafan yang besar daripada pihak kerajaan yang pernah diterima. Ia sebagai penyuntik semangat untuk saya bekerja lebih keras buat masyarakat menerusi bidang penyiaran yang saya ceburi," tuturnya.
Dalam perkembangan lain, Aznil menafikan khabar angin kononnya bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.
"Saya tak terfikir pun untuk mendirikan rumah tangga pada usia ini, tetapi tidak menolak jika ada jodoh.
"Bagaimanapun, jika ada yang mahukan saya, mereka mesti terima dengan kesibukan kerjaya saya sebagai seorang pengacara.
"Tambahan pula dengan gelaran yang dibawa memberikan tanggungjawab besar buat saya kepada masyarakat," ujarnya.
Related Posts
- Cara Paling Mudah Untuk Mendapatkan Kulit Muka Gebu Dan Glowing20 May 20150
Selamat sejahtera kepada para pembaca sekalian. Hari ini admin nak share satu cara paling mudah...Read more »
- 19 Hari Tempoh Buruan, Tumpasnya Pembunuh Pegawai AmBank18 Nov 20131
KRONOLOGI KES TEMBAK PEGAWAI AMBANK 23 OKTOBER 2013 - Pegawai AmBank cawangan Subang Jaya...Read more »
- Sistem Baru JPJ MySikap Bermasalah16 Nov 20130
JPJ yakin sistem komputer baharu MySikap beri lebih manfaat kepada pelanggan. Sejauh mana keb...Read more »
- Kedudukan Jerawat Petunjuk Kepada Kesihatan15 Nov 20138
DAHI Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya...Read more »
- Rita Rudaini Mendakwa Aidil Tidak Memberi Nafkah26 Mar 20130
Rita Rudaini Mendakwa Aidil Tidak Memberi Nafkah | Tak sangka gaji pemain bola Malaysia sudah...Read more »
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
EmoticonSila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.