Kesian : Bayi Meraung Kena Minyak Panas | “Shahlan menggelupur sambil meraung kesakitan akibat disiram minyak panas yang tertumpah dari kuali,” kata Norlihaida Abdullah, 29, ibu kepada Shahlan Hadif Sharul Hisham, 18 bulan, yang melecur teruk di tangan kiri dan muka terkena minyak panas di rumah ibu saudaranya di Kampung Kuala Ibai, di sini.

Norlihaida yang ditemui ketika menemani Shahlan mendapatkan rawatan di Wad Plastik dan Mata Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam, berkata dalam kejadian jam 6 petang Ahad lalu, dia bersama anak sulungnya itu singgah di rumah kakaknya selepas pulang menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan.

“Shahlan bermain di ruang tamu manakala saya dan kakak ke dapur memasak.

“Ketika kami sibuk menyiapkan lauk, Shahlan tiba-tiba meluru masuk ke dapur dan mencapai kuali dipenuhi minyak di atas dapur.

“Tindakannya itu menyebabkan kuali dipenuhi minyak panas terjatuh ke atas tangannya dan terpercik ke muka.

“Saya terus mendukung Shahlan ke bilik air untuk dimandikan bagi menghilang kesan minyak panas yang tertumpah pada badannya,” katanya.

Norlihaida berkata, melihatkan keadaan Shahlan yang masih menangis kesakitan akibat melecur teruk di tangan kiri, dia membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Bukit Payung, Marang, untuk rawatan sebelum dirujuk ke HSNZ bagi pemeriksaan pakar kulit.-hmetro

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top