Kenapa Saya Sayang Isteri Saya?
Kenapa Saya Sayang Isteri Saya? | Bila Allah SWT suratkan jodoh kita kan, itulah pasangan yang terbaik buat kita.
Masa susah susah dulu dialah yang sama sama susah dengan saya
Dialah yang usaha sama sama cari nafkah untuk kami sekeluarga
Dialah yang sama sama pergi kerja dengan saya tapi bila kami balik (kebetulan kami satu pejabat) saya dah terlepek keletihan, dia sambung lagi buat kerja-kerja rumah.. Walau letih tapi dia masih senyum dan tanya;
“Abang nak makan lauk apa malam ni bang? Budak-budak Ain dah masakkan sup ayam. Tak pedas tu untuk abang..”
Dialah yang tengok dan bantu anak-anak buat homework, ajar mengaji..
Masa saya buat keputusan untuk berhenti dari kerja dengan jawatan besar di swasta dan berhasrat untuk menjadi pensyarah di universiti di selatan tanah air dengan gaji yang tak sampai suku dari pendapatan saya terdahulu dia tak halang bahkan dia kata;
“Bagusnya abang jadi pendidik ni… Selagi students amalkan apa yang abang ajari, selagi tu ada talian hayat pahala untuk abang nanti. Takpa..abang pursue aja cita cita abang…Adalah rezeki kita dan anak anak tu..”
Walau masa itu saya terpaksa tinggal tanpa dia di Johor dan pulang hanya hujung minggu (kadangkala tak pulang kerana ada bengkel dan sebagainya di hujung minggu)
Masa itu kami tiada pembantu rumah. Najwa baru berusia, 9 tahun, Ayeip 7 dan Afiff 5. Ain berulang alik dari Ulu Yam ke KL bekerja. Pulang seawal mungkin kerana anak kami beriga tinggal di rumah sendirian hanya dipesan pada jiran tetangga untuk jenguk jengukkan.
Pada masa itu gaji Ain lebih besar dari saya..
Dialah yang tanggung kebanyakan komitmen keluarga kami…
Ada kala dia yang tanggung belanja saya di Johor…
Dia yang bagi duit pada saya untuk bagi duit bulanan untuk belanja makmdan ayah di kampung…
Dua tahun hidup kami berasing asing…
Kalau ada isu di rumah… Dia jarang kongsi masalah sebab taknak susahkan saya… Dia kongsi cerita yang best best saja..
Cerita Najwa dapat No 1 di sekolah, cerita yang happy happy..
Dia taknak susahkan hati saya..
10 tahun dia tanggung semua tu… Sehingga kami berhijrah ke Liverpool
Sekarang barulah dia rasa seronok tinggal di rumah dengan perniagaan sendiri.. Ada masa dengan anak2.. Ada masa full ime dengan suami..
Sapa kata jadi surirumah sepenuh masa tu senang? Terutamanya dengan 5 orang anak dan suami yang cerewet macam saya? :-p
Tapi dia sabar aja.. Kalau dia penatpun dia diam…tak pernah complain..
Dia pernah kata..
” I won’t trade anything for the time that I have now..being a full time mother to my kids and be there for my husband 24 hours a day.
Tak payah nak risau nak ambil cuti tahun kalau anak sakit.. Atau nak holiday..
Cuma kena bodek big boss kat rumah aja kalau nak apa apa kan?”
Without her kami sekeluarga hilang kemudi..
She is everything to the family..
Being a mother and a wife is the hardest job in the world!
And how could I not love her for that?
For the sacrifices that she had endured with me…with us?
So sayanglah isteri kita ya?
Kalau dia ada kat sebelah kita sekarang ciumlah pipi dia..
Kalau dia tengah masak kar dapur sorang sorang .. Tinggallah tv tu sekejap..letaklah iphone tu..ipad tu..gi ke dapur dan peluk dia dari belakang..
Cakap kat isteri…
” Thanks ya sayang… For EVERYTHING!”
Tak perlu hadiah mahal mahalpun…
Mesti dia terharu…
Tak caya gi cuba.. :-)
P.s:
Ni gambar kami..yang sebelah kiri tu 14 tahun lepas masa saya masih debab dan yang kanan tu yang terkini..
Masa saya tak hensem nipun dia kata sayalah yang paling hensem pada dia..
Macamanalah saya tak sayang Ain kan?
I love you sayang… Till Jannah..In Shaa Allah :-)
Artikel ini penulis dapat dari facebook Cerita Dari Hati, dharapkan anda mendapat sesuatu dari perkongsian ini…
sumber
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda