Julia Ziegler Tetap Enggan Berbaik Semula Dengan Sharifah Sakinah
Julia Ziegler Tetap Enggan Berbaik Semula Dengan Sharifah Sakinah | PETALING JAYA: Pelakon Julia Ziegler mengambil pendirian tidak mahu berbaik dengan pelakon Sharifah Sakinah sekalipun aktres tersebut meminta maaf kerana dikatakan menjadi punca tercetusnya fitnah terhadap Julia beberapa tahun lalu.
Menurut Julia,29, kejadian tersebut merupakan pengalaman paling buruk buatnya selama bergelar artis sehingga membuatkan dia untuk lebih berhati-hati dalam berkawan.
"Sekalipun dia sudah meminta maaf secara peribadi saya tetap tidak akan berkawan rapat dengannya semula kerana saya sudah serik dengan apa yang telah terjadi selama ini.
"Saya tahu dia ingin berbaik dan sudah bercakap dengan beberapa orang artis serta rakan dalam industri bahawa dia ingin meminta maaf dengan saya tapi kenapa tidak berjumpa saya terus," ujarnya kepada mStar Online,di sini, Isnin.
Julia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang hubungan dingin antara dia dan aktres Sharifah Sakinah, 24, sejak beberapa tahun lalu yang kembali diperkatakan orang.
Tambah Julia, pertemuannya sehingga membuatkan dia bersalaman dengan Sharifah Sakinah sebelum ini terjadi secara tidak sengaja di sebuah majlis tetapi ia bukan bererti hubungan mereka sudah kembali jernih.
"Ya, kami ada bersalaman tahun lalu di sebuah majlis, itu pun kerana saya tidak perasan individu tersebut adalah dia (Sharifah Sakinah) kerana dia memakai kostum dan solekan yang mengubah penampilannya.
"Dia tidak perlu beri kenyataan kepada media bahawa kami sudah berbaik, walhal dia yang memulakan perkara ini dan tidak pernah mengakui kesilapannya," ujar Julia.
Sementara itu, Julia yang kini sibuk dengan latihan teater Asmara Songsang yang bakal ditayangkan di Istana Budaya pada 1 dan 2 Mac ini menganggap kehidupan sekarang lebih tenang.
"Alhamdulillah sekarang kerjaya dan bisnes berjalan lancar, kehidupan peribadi juga lebih tenang selepas menunaikan umrah tahun lalu dan saya nampak apa yang saya inginkan dalam hidup," katanya.-mstar online
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda