Ada sesetengah isteri yang berdiam diri bila diliwat oleh suami sendiri kerana sayangkan suaminya sehingga sanggup menyerahkan diri untuk diliwat. Perbuatan liwat ini sangat menjijikkan dari segi kesihatan dan maruah seseorang itu. Di zaman Hitler dahulu di Jerman. Diantara mangsa “holocust” selain dari bangsa yahudi dan gipsi. Pondan dan gay yang berbangsa Jerman dibunuh bersama yahudi. Betapa bencinya Hitler kepada golongan ini.
Pada zaman Nabi Luth as, diturunkan bala keatas kaum ini sehingga lenyap negeri itu disebabkan kaum Nabi Luth as yang suka melakukan maksiat homoseks dan lesbian. Kepada pasangan suami isteri semasa melakukan hubungan seks sekiranya suami anda meraba bahagian tersebut, tempiskan tangannya atau “awang dogonyal” jangan biarkan berlaku liwat. Jika dicuba akan menjadi ketagihan. Kerana ini akan menjadi satu tabiat yang buruk kepada suami anda.
Dari segi hukum, meliwat isteri sendiri sama hukumnya dengan berzina. Tetapi, dosa liwat lebih besar daripada dosa berzina. Malah Rasulullah s.a.w melaknat golongan yang meliwat isteri melalui dubur. Menurut Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w telah bersabda:
“Sesiapa yang mendatangi wanita atau isteri melalui dubur (liwat) atau menemui tukang tilik lalu membenarkan apa yang dikatakannya, sesungguhnya dia telah kafir (tidak mengimani) risalah yang telah diturunkan kepada Muhammad s.a.w.” – Hadis riwayat al-Darimi.
Kedua, sesiapa yang melakukan maksiat berterusan digelar sebagai ahli fasiq sama ada dosa besar atau dosa kecil. Hakikatnya, tidak sah ahli fasiq mewalikan anak perempuannya.
Namun, jika dia telah bertaubat pasti ALLAH menerima taubatnya kecuali syirik. Jika syirik, dia wajib melafazkan kembali kalimah syahadah kerana telah murtad.Firman ALLAH S.W.T:”Sesungguhnya ALLAH tidak mengampunkan sesiapa yang mensyirikkan_NYA tetapi mengampuni dosa selain daripada itu.” – Surah al-Nisa”: 116.Ketiga, hukuman bagi perbuatan liwat sama ada peliwat atau mangsa liwat secara rela ada sedikit perbezaan dengan hukuman zina.
Penzina lelaki atau wanita yang telah berkahwin dikenakan hukuman rejam (lempar batu di khalayak ramai) hingga mati. Bagi yang belum berkahwin pula dikenakan hukuman rotan sebanyak 100 rotan.Firman ALLAH S.W.T:
“Penzina wanita (belum kahwin) dan penzina lelaki (belum kahwin) kedua-duanya hendaklah dirotan sebanyak 100 kali dan janganlah kamu melahirkan rasa belas kasihan kepada mereka berdua hinggakan kamu tidak sanggup menjalankan hukum ALLAH jika kamu beriman ALLAH dan hari akhirat.” – Surah al-Nur: 2.
Menurut ”Ubbadah bin al-Somit r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Kamu semua hendaklah mengambil (hukuman zina) daripadaku. Sesungguhnya ALLAH telah menunjuk jalan penyelesaiannya. Penzina yang telah berkahwin hendaklah dirotan sebanyak 100 kali dan direjam hingga mati. Penzina yang belum kahwin hendaklah dirotan sebanyak 100 kali dan dibuang daerah.” – Hadis sahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah.
Al-Tirmizi mengklasifikasikan hadis ini sebagai hasan sahih. Manakala hukuman perbuatan liwat, kedua-duanya hendaklah dibunuh (direjam). Menurut Ibn Abbas r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Sesiapa yang menemui seseorang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut a.s. (liwat), bunuhlah peliwat dan mangsa liwat yang rela.” – Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah.
Wallahu a”lam.
Related Posts
- JANGAN KAHWINI WANITA JENIS INI17 Nov 20136
Pesanan Rasulullah saw : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah,...Read more »
- Luahan Hati Seorang Sahabat - Anak Imam Seksi16 Nov 20131
Saya remaja berusia 16 tahun dan mempunyai rakan yang sering berpenampilan seksi. Biarpun kerap...Read more »
- Subhanallah! Jasad sahabat-sahabat Nabi timbul masih elok dan berdarah06 Nov 20132
Subhanallah! Jasad sahabat-sahabat Nabi timbul masih elok dan berdarah | Waktu terjadi banji...Read more »
- Dosa rangsang syahwat sendiri03 Nov 20131
Dosa rangsang syahwat sendiri | Apakah perbezaan air mazi dan air mani? Apakah hukum mengelu...Read more »
- Rahsia Surah Al-Fatihah Yang Kita Tidak Ketahui22 Oct 20135
Rahsia Surah Al-Fatihah Yang Kita Tidak Ketahui | 1 - AL-FATIHAH – Baca 14 kali sebelu...Read more »
- Kisah Kejam Aisyah Dirogol Rejim Syiah Assad Di Kilang Gula19 Mar 20131
Kisah Kejam Aisyah Dirogol Rejim Syiah Assad Di Kilang Gula | Kisah ini diceritakan dari seorang...Read more »
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
EmoticonSila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.