SAYED HASAN membaca sebuah buku Islam di rumahnya di Banda Aceh semalam.

Bunyi Azan, Penduduk Aceh tarik balik saman |  BANDA ACEH – Seorang warga emas Indonesia semalam menyatakan dia mendapat kemenangan luar jangkaan berhubung samannya ke atas sebuah masjid yang terlalu bising walaupun dia dipaksa menarik balik tindakan undang-undang tersebut selepas orang ramai mengugut mahu membunuhnya.

Aduan terhadap bunyi terlalu bising pembesar suara pada waktu azan ditentang hebat di Indonesia yang memiliki sekitar 800,000 buah masjid.


Apabila warga emas itu, Sayed Hasan, 75, mengemukakan saman pada Disember tahun lalu di sini, aduan tersebut mendapat bantahan orang ramai.

Warga emas itu mengadu dia diganggu oleh bunyi rakaman berterusan bacaan ayat suci al-Quran.
Bagaimanapun, lelaki tersebut berkata, dia mendapat kemenangan di luar jangkaannya selepas saman itu ditarik balik.

“Selepas saya menggugurkan kes saya, bunyi itu dikurangkan separuh,” katanya.
Seorang pemimpin Islam tempatan berkata, imam masjid berkenaan memutuskan untuk mengurangkan bunyi rakaman itu.

Seramai 90 peratus daripada 240 juta penduduk Indonesia terdiri daripada orang Islam.
Walaupun kebanyakan mereka mengamalkan ajaran Islam sederhana, wilayah Aceh melaksanakan undang-undang syariah yang dikuatkuasakan oleh polis agama. – AFP

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top