Zarina Anjoulie bakal dipecat dari seniman?
Pelakon Anak Pontianak, Zarina Anjoulie bukan saja berhadapan dengan tuduhan memiliki dadah, malah dia berkemungkinan akan dipecat sebagai ahli Persatuan Seniman.
Menurut Presiden Seniman, Zed Zaidi, mana-mana artis yang terlibat dengan kes serius seperti ini akan digantung atau dipecat daripada persatuan bagi menjaga imej artis secara keluruhannya.
“Kita tidak mahu artis yang terlibat dalam kontroversi menjejaskan nama baik artis lain.
“Dalam kes Zarina, buat sementara ini kita akan gantung keahliannya kerana mahkamah belum lagi membuat keputusan.
“Namun, sekiranya mahkamah mendapati dia bersalah, Seniman akan terus memecatnya sebagai ahli,” kata Zed kepada Zass.
Artis yang telah dilucutkan keahliannya juga, kata Zed, tidak akan dibenarkan lagi untuk berlakon.
“Secara automatik, nama artis yang sudah dipecat Seniman akan dibuang daripada senarai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
“Ini adalah syarat yang tertakluk dalam Padu Citra yang mewajibkan pelakon menyertai persatuan yang diiktiraf Finas.
“Jika masih ada produksi yang mengambilnya berlakon, kita boleh ambil tindakan,” katanya.
Sementara itu, Zed juga melahirkan kerisauannya mengenai masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan selebriti.
“Kita akan bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi mengadakan kursus kepada artis dalam masa terdekat.
“Kursus ini bagi memberi kesedaran kepada golongan artis akan bahaya dadah kepada hidup dan karier mereka,” katanya.
sumber
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda