Zarina Anjoulie Bakal Adakan Sidang Media
KUALA LUMPUR – Selepas dihimpit kontroversi berkaitan memiliki dadah, pelakon dan model wanita, Zarina Anjoulie memaklumkan bakal mengadakan sidang media dalam masa terdekat.
Zarina memberitahu akan mengadakan sidang media menerusi laporan Media Hiburan.
Sidang media itu diadakan bagi menerangkan situasi yang berlaku terhadap dirinya baru-baru ini.
Namun, Zarina mahukan semua pihak bersabar selain memberikan masa kepada dirinya untuk berehat seketika.
“Kepada semua wartawan, bagilah peluang saya berehat dulu. InsyaAllah, dalam minggu depan saya akan jelaskan kesemuanya,” kata Zarina.
Isnin lalu, Zarina ditahan dikediamannya bersama-sama teman lelaki yang juga penganggur, Mohamad Fakhruzaim atas kesalahan memiliki dadah iaitu dua biji pil dadah Erimin 5 anggaran berat 0.6 gram.
Pelakon drama Anak Pontianak itu bermalam di Kompleks Penjara Kajang selama dua malam selepas tidak dijamin oleh ahli keluarganya dengan jamin sebanyak RM2,000.
Semalam, Zarina dibebaskan selepas dijamin oleh adik tiri perempuannya.
Sebutan semula kes Zarina adalah pada 8 Februari depan.
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda