Kuala Lumpur Pakej dimiliki wanita Indonesia, terutama dari Medan, mencakupi senarai kriteria wanita idaman segelintir lelaki tempatan.

Tidak hairan, ada lelaki Malaysia sanggup berulang-alik ke Indonesia semata-mata untuk mencari jodoh menepati ciri-ciri diingini daripada gadis seberang.

Pakar Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, perawakan wanita Medan yang manis, lemah-lembut dan bersopan-santun menyebabkan ramai lelaki tempatan tewas dengan ‘X-factor’ atau kelebihan itu.

“Biarpun lelaki tempatan sentiasa mengikuti peralihan zaman dengan hidup gaya moden dan boleh menerima hakikat bahawa pemikiran serta tingkah laku wanita kini berbeza, mereka masih berfantasi memiliki pasangan yang patuh dan tidak pernah berkata tidak kepadanya.

“Lelaki mempunyai senarai panjang mengenai wanita idaman. Mereka mahukan isteri setia melayan dan tidak pernah mempertikaikan setiap tindak-tanduk mereka.

“Ibaratnya, lelaki mahukan layanan gah seperti raja di rumah, kepuasan itu mungkin diperoleh daripada pasangan dalam kalangan wanita Medan yang masih menebal sikap hormat kepada suami,” katanya mengulas isu berkaitan lelaki tempatan gemar mengahwini wanita Medan.

Beliau berkata, kelebihan berwajah ayu serta penerimaan keluarga wanita kerana percaya dengan kemampuan lelaki Malaysia menyara kehidupan keluarga membuatkan perkahwinan dua negara itu berjaya.-hmetro

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top