PETALING JAYA:Kegagalan penyanyi Uji Rashid untuk memenuhi beberapa kriteria sebelum membuat persembahan dalam Anugerah Juara Lagu ke 27(AJL27) pada 6 Januari lalu bagi menggantikan Yuna menjadi faktor kenapa beliau terpaksa digugurkan dalam acara tersebut.
Perkara itu didedahkan oleh Datuk Ramli MS yang diberi tanggungjawab memimpin persembahan pada malam berkenaan sebagai Pengarah Muzik.
“Ketika mengadakan raptai persembahan, saya dapati Uji gagal untuk memenuhi beberapa peringkat “bunyi” yang ditentukan.
“Ia adalah berpunca daripada masalah kesihatan yang dihadapinya dan jika dia diberi peluang juga membuat persembahan, pelbagai risiko besar berkemungkinan akan berlaku.
"Pihak jurutera yang terlibat dalampersembahan berkenaan juga enggan menanggung masalah,” katanya seperti disiarkan dalam program Melodi pada Ahad.
Beliau diminta menjelaskan kemelut Uji Rashid dan TV3 yang masih belum reda apabila penyanyi itu kecewa kerana digugurkan pada saat-saat akhir untuk mempersembahkan laguTerukir Di Bintang bagi pihak Yuna yang ketika itu berada di Amerika Syarikat atas urusan album.
Pengguguran Uji atau nama sebenarnya Fuziah Haroun Al-Rashid itu telah digantikan oleh Aizat. Lagu berkenaan akirnya diumumkan sebgai Juara Lagu AJL27.
Uji sebelum ini mendakwa perbuatan TV3 itu tidak berhemah kerana mereka telah memalukan beliau di depan orang ramai.
Malah stesen itu juga dikatakan bersikap kurang sopan kerana masih tidak memohon maaf terhadap perbuatan tersebut sehingga menarik perhatian Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi yangturut kesal dengan kejadian itu.
Ramli memberitahu berdasarkan kepada penelitiannya terhadap ketidakupayaan Uji untuk membuat persembahan itu, beliau telah memberi nasihat kepada pihak TV3 untuk diputuskan.
“Selepas menilai suara dan keupayaan Uji, saya terangkan kepada pihak TV3 beberapa perkara tertentu dan terpulanglah kepada mereka untuk membuat keputusan (sama ada terus menggunakan khidmat Uji ataupunmenggantikan dengan orang lain),” katanya.
Sementara itu Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar dalam reaksinya menerusi rancangan hiburan itu berkata, pengguguraan Uji dibuat dengan cara berhemah apabilapihaknya memanggil penyanyi itu untuk memaklumkan keputusan berkenaan.
Katanya, satu perbincangan telah diadakan di dalam sebuah bilik yag dihadiri oleh beberapa pihak dan keputusan itu juga telah dipersetujui oleh pihak pengurusan Yuna sendiri.
“Kami telah panggil dia (Uji) di dalam bilik dan kami jelaskan kepadanya beberapa perkara termasuklah sebab-sebab keputusanmenggugurkannya dibuat,” ujarnya.
Related Posts
- Senarai 16 Peserta Bertanding Gelanggang Maharaja Lawak Mega 201315 Nov 20130
16 Peserta bakal berentap di Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013 mulai Jumaat 15 November 2...Read more »
- ‘Perang’ Anatara Rabecca-Eirma belum berakhir?12 Nov 20130
‘Perang’ Anatara Rabecca-Eirma belum berakhir? | “SAYA harap dia berpijak di bumi yang nyata. Ter...Read more »
- EKSLUSIF : 64 Gambar Majlis Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar10 Nov 20136
EKSLUSIF : 64 Gambar Majlis Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar | Tahniah diucapkan kepada Pelako...Read more »
- Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Cuba Berpropaganda? - Zubir BiPOP10 Nov 20130
Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Cuba Berpropaganda? - Zubir BiPOP | Kalau semalam Aeril Zafrel ...Read more »
- Rebecca Menang Kes Saman Erma Fatima10 Nov 20131
Rebecca Menang Kes Saman Erma Fatima | Susulan kes saman yang dibuat oleh aktres Rebecca Nur...Read more »
- Fitnah Berkahwin Dengan Ummi Nazeera Adalah Serangan Peribadi06 Nov 20131
Fitnah Berkahwin Dengan Ummi Nazeera Adalah Serangan Peribadi | PELAKON Aeril Zafrel mengang...Read more »
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
EmoticonSila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.