Afghanistan : Gara-gara pinangannya ditolak, seorang lelaki bertindak kejam dengan memenggal kepala seorang gadis berusia 15 tahun dalam satu kejadian menyayat hati di utara Afghanistan.

Mangsa dikenali sebagai Gisa, telah diserang oleh lelaki berkenaan yang juga sepupunya ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas mengambil air di telaga.

Suspek, Sadeq dan saudaranya Massoud telah ditangkap susulan pembunuhan berkenaan.
Kedua-duanya merupakan saudara terdekat kepada Gisa, dan mereka juga menetap di perkampungan yang sama.


Menurut polis, bapa mangsa menolak pinangan berkenaan memandangkan anak gadisnya itu masih muda, justeru dia tidak mahu gadis itu berkahwin awal.

Biarpun undang-undang keganasan terhadap wanita digubal pada 2009, namun perkahwinan paksa melibatkan remaja bawah umur dan wanita masih berlaku.

alah undang-undang yang menghalang perbuatan seumpama itu masih sukar untuk dilaksanakan.
Sementara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pula menjangkakan pelaksanaan undang-undang itu akan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan.

Sehingga Mac tahun lalu, pertubuhan hak asasi manusia merekodkan sebanyak 2,000 kes dilaporkan melibatkan keganasan terhadap wanita di Afghanistan.

Keadaan dijangka bertambah buruk apabila tentera asing berundur dari negara berkenaan menjelang 2014. – MyNewsHub

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top