Remy Ishak Dan Tiz Zaqyah Bakal Muncul Dalam Sebuah Telefilem Berjudul XoXo | PETALING JAYA: Bekas pasangan kekasih iaitu pelakon Remy Ishak dan Tiz Zaqyah bakal muncul dalam sebuah telefilem berjudul XoXo arahan pengarah Kabir Bhatia yang akan menemui penonton di TV9 menerusi slot Skrin.
Remy dan Tiz yang masing-masing memegang watak sebagai Haziq dan Aleesha digandingkan dalam drama percintaan yang penuh konflik dengan jalan penceritaan menarik.
Selain mereka berdua, XoXo turut menampilkan pelakon seperti Nadiya Nissa, Josiah Hogan dan Afida Es sebagai pendukung utama.
Drama tersebut mengisahkan mengenai hubungan cinta jarak jauh antara Haziq yang berada di London dan masih menuntut manakala Aleesha yang telah dikenali selama dua tahun melalui laman sosial Facebook berada di Malaysia dan bekerja di sebuah syarikat pengiklanan.
Kerana tidak sabar menunggu kepulangan kekasih pujaan hatinya pulang ke Malaysia, Aleesha telah pergike London untuk membuat kejutan sekaligus bertemu Haziq buat pertama kali.
Sebaik tiba di London, Aleesha hampir pitam apabila diberitahu oleh rakan serumah Haziq bernama Johan (Josiah Hogan) bahawa Haziq telah pulang ke Malaysia!
Keadaan menjadi rumit apabila dompet serta passport Aleesha tertinggal di dalam teksi yang dinaikinya dan terpaksa menumpang di rumah Johan.
Johan berjanji akan membantu Aleesha walaupun sebenarnya dia mempunyai niat lain untuk mempergunakanAleesha.
Haziq pula menghadapi dilema apabila kepulangannya ke Malaysia hanyalah untuk dijodohkan oleh pilihan neneknya.
Dia bagaimanapun menolak dan menyatakan dia akan membawa Aleesha untuk bertemu dengan neneknya.
Haziq pergi ke rumah Aleesha tanpa mengetahui yang Aleesha sudahpun berada di London sebaliknya hanya menemui Dahnia (Nadiya Nisaa), rakan serumah Aleesha yang berpewatakan pelik.
Sejak itu pertemuan itu telah menimbulkan pelbagai konflik di antara mereka.
Untuk mengetahui apa yang terjadi di antara mereka jangan lupa untuk menyaksikan XoXopada 30 Januari ini pada pukul 8.30 malam di TV9.
Related Posts
- Senarai 16 Peserta Bertanding Gelanggang Maharaja Lawak Mega 201315 Nov 20130
16 Peserta bakal berentap di Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013 mulai Jumaat 15 November 2...Read more »
- ‘Perang’ Anatara Rabecca-Eirma belum berakhir?12 Nov 20130
‘Perang’ Anatara Rabecca-Eirma belum berakhir? | “SAYA harap dia berpijak di bumi yang nyata. Ter...Read more »
- EKSLUSIF : 64 Gambar Majlis Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar10 Nov 20136
EKSLUSIF : 64 Gambar Majlis Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar | Tahniah diucapkan kepada Pelako...Read more »
- Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Cuba Berpropaganda? - Zubir BiPOP10 Nov 20130
Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Cuba Berpropaganda? - Zubir BiPOP | Kalau semalam Aeril Zafrel ...Read more »
- Rebecca Menang Kes Saman Erma Fatima10 Nov 20131
Rebecca Menang Kes Saman Erma Fatima | Susulan kes saman yang dibuat oleh aktres Rebecca Nur...Read more »
- Fitnah Berkahwin Dengan Ummi Nazeera Adalah Serangan Peribadi06 Nov 20131
Fitnah Berkahwin Dengan Ummi Nazeera Adalah Serangan Peribadi | PELAKON Aeril Zafrel mengang...Read more »
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
EmoticonSila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.