Pelakon yang juga produser, Den Wahab, kerugian lebih RM10,000 apabila pejabat urusan syarikatnya, Global Network Entertainment (GNE), dipecah masuk pencuri.

Kejadian disedari Isnin lalu apabila dia tiba di pejabat untuk memulakan kerja harian.    

Sebaik tiba di pejabat, saya dapat rasakan sesuatu yang buruk berlaku apabila mendapati kunci mangga pagar sudah terkopak. Keadaannya lebih buruk di dalam dengan semuanya bersepah seperti diselongkar.    

 
Lebih menyedihkan apabila saya dapati semua komputer sudah hilang. Segala dokumen penting berkaitan produksi drama pula berada dalam komputer berkenaan.

Barang lain yang hilang seperti televisyen 46 inci, dua set komputer, lapan set walkie-talkie dan beberapa barang elektrik lain, katanya yang dihubungi HIP, semalam.

Menurut Den, kejadian itu memang menjadi iktibar buatnya. Sebelum ini, dia tidak pernah menyangka perkara buruk seperti itu boleh berlaku.

Walaupun ramai yang menyatakan kawasan pejabat saya di Cheras ialah kawasan panas yang sering berlaku kecurian, namun saya tidak pernah hirau mengenai langkah keselamatan.

Selepas ini saya lebih berhati-hati, dengan memasang alat penggera dan kamera litar tertutup agar kejadian sama tidak berulang, katanya yang baru saja selesai menjalani penggambaran drama bersirinya berjudul Beret Hijau musim kedua untuk siaran di RTM.-bharian

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top