Desas-desus yang mengatakan pelakon, Nazim Othman ditaja VIP untuk hidup mewah masih lagi diperkatakan orang sehingga hari ini.

Menguatkan lagi dakwaan itu apabila kini penampilan Nazim jauh berbeza berbanding lima tahu dulu.

Jika dulu dia hanya hidup berserdahana, tetapi sekarang dia dikatakan mengamalkan cara hidup mewah dan mempunyai kelas tersendiri.


Ditambah pula dengan wajah persis model, siapa yang tidak mahu mendekati jejaka berusia 29 tahun kelahiran Labuan, Sabah ini.

Menurut Nazim, dia mampu hidup selesa seperti sekarang kerana hasil kerja kerasnya siang dan malam.

“Saya mampu hidup selesa sekarang hasil kerja keras siang dan malam. Saya juga tidak ditaja VIP, sebaliknya saya yang ‘menaja’ diri sendiri.

“Mana ada saya hidup mewah. Sejak dulu saya memang amalkan cara hidup sederhana,” katanya yang dipetik dari Harian Metro, di sini, hari ini.

Secara peribadi, pemilik nama sebenar, Nushrul Alif Othman mengakui dirinya jauh lebih matang berbanding lima tahun lalu.

Bukan saja perubahan dari segi penampilan yang lebih segar, malah semakin bijak menentukan hala tujunya dalam bidang seni.

“Bayangkan saya terpaksa menunggu selama lima tahun untuk menyerlah.

“Apapun ia berbaloi kerana ramai pihak sudah mula nampak dan percaya dengan bakat saya termasuk di kalangan pihak korporat,” katanya.

Kini, pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri Dejavu Di Kinabalu dan Kau Yang Terindah arahan Erma Fatima ini merancang untuk mengembangkan lagi cabang seninya sempena kedatangan tirai tahun baru 2013.

Terbaru, dia merancang untuk menghasilkan lagu baru berentak pop balada untuk diputarkan di stesen radio nanti dan yakin ia akan diminati.

Ditanya sama ada dia ditaja mana-mana pihak untuk menghasilkan album, Nazim menafikan sekeras-kerasnya.

“Saya menceburi bidang nyanyian bukan sekadar suka-suka atau kejar glamour, sebaliknya serius menggilap bakat dan potensi diri.

“Pada masa sama, saya tidak ditaja mana-mana pihak dan buat lagu dengan duit simpanan sendiri,” katanya.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top