Mesti Baca : Kenapa Kelantan unik?
Di Kelantan, kami diajar oleh kedua ibubapa dan pemimpin kami untuk hanya menjadi satu bangsa sahaja iaitu 'orang Kelantan' . Kami tidak pernah dididik walau seinci pun membenci, memandang rendah, menghina saudara lain walupun berbeza agama mahupun bangsa.
Di Kelantan juga, kami tidak digelar orang Melayu, orang Cina, Orang Siam mahupun orang India. Kami hanya menggelarkan diri kami 'Ore Kelate' . Berkibar bendera Kelantan di langit, sudah cukup untuk membuatkan kami ore Kelate untuk bersatu tanpa apa-apa bantuan kempen perpaduan seperti di TV.
Aku , mu, kawe, demo, ambo, kito adalah Ore Kelate.
Nukilan : Pok Dogo
Untuk : I ♥ KELANTAN
baguskan kalau semangat ini satu malaysia ada.aman malaysia.
BalasHapus