KAMARULZAMAN menunjukkan sarang tebuan tanah yang dibakar di kawasan tanah lapang dekat rumahnya di Gua Musang semalam.
Kejadian pukul 6 petang 30 Disember lalu itu mengakibatkan Amirul Shafiq, 4, maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Gua Musang kira-kira enam jam kemudian.
Mengimbau semula kejadian itu, bapa mangsa, Kamarulzaman Abdul Hamid, 34, memberitahu, ketika insiden tersebut berlaku, dia tiada di rumah kerana bertugas sebagai buruh di Jabatan Perhutanan di Ipoh, Perak.
Katanya, dia bergegas pulang sebaik dihubungi isterinya, Nik Jah Nik Soh, 35, pada pukul 6 petang mengatakan anaknya dikejarkan ke hospital tersebut kerana disengat tebuan berwarna hitam dan kuning itu.
“Saya sampai pada pukul 9.30 malam dan masa itu anak saya sudah dimasukkan ke wad dan dia boleh makan seperti biasa. Bagaimanapun, enam jam selepas kejadian, dia disahkan meninggal dunia,” ceritanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.-kosmo
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda