Arau : “Saya sedih hasrat ayah mahu menjamah pulut kuning tidak kesampaian selepas dia maut akibat lemas selepas terbabit dalam kemalangan. Sebelum itu, arwah sempat berpesan supaya saya menyimpan pulut berkenaan untuknya sebelum keluar dari rumah.”

Itu luahan sedih Jasniza Jis Fazil, 20, selepas menerima berita kematian bapanya, Jis Fazil Jaafar, 43, yang maut dalam kemalangan sebelum tercampak ke sungai berhampiran mengakibatkan bapanya lemas di Jalan Tambun Tulang, di sini, awal pagi semalam.


Katanya, dia menyimpan pulut kuning yang diperolehinya daripada kenduri tahlil jirannya selepas bapanya memesan agar menyimpan sebahagian daripada makanan berkenaan.

“Saya sedih dan terkilan kerana hasrat ayah untuk menjamah makanan itu tidak kesampaian selepas dia maut akibat lemas ketika terbabit dalam kemalangan.

“Selepas mengetahui kejadian yang menimpa ayah, saya bergegas ke tempat kejadian sebelum mendapati ayah sudah tiada,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.-hmetro

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top