South Carolina – Baru berusia dua tahun namun seorang bayi disumbat dengan serbuk cili sebagai hukuman. Itu perbuatan kejam yang dilakukan oleh seorang wanita, mengakibatkan bayi berkenaan meninggal dunia.

Susulan kejadian itu, Amanda Sorensen, 21, ditangkap atas tuduhan mendera kanak-kanak tersebut yang juga anak kepada teman lelakinya.


Biarpun bayi berkenaan dikejarkan ke hospital, namun doktor gagal merawatnya selepas bayi berkenaan mengalami serangan jantung.

Menurut doktor, salur pernafasan bayi itu membengkak selepas dia dipaksa makan serbuk cili berkenaan, sekali gus menyebabkan dia mengalami serangan jantung.

Serbuk cili tersebut juga mengakibatkan tisu-tisu dalam badannya terbakar.

Dalam pada itu, jiran-jiran memaklumkan mereka tidak mengesyaki apa-apa dan tidak melihat sesuatu yang mencurigakan terhadap pasangan berkenaan.


Namun jiran sering melihat kanak-kanak dan remaja sering masuk dan keluar berkenaan.

“Saya tidak dapat bayangkan bagaimana seseorang itu sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu kepada bayi sekecil itu,” kata jiran mereka Patricia Amado.

Sorensen kini ditahan di lokap dan dijangka dihadapkan di mahkamah tidak lama lagi.




sumber

Posting Komentar

  1. Bodoh thap gabannn...

    BalasHapus
  2. ni bukan gaban lg dh, ni tahap ke kubo tak diterima...

    BalasHapus
  3. sumbat dlm mulut pompuan tu bg dy rasa mcm mna! iblis b'topengkn mnusia btol!

    BalasHapus
  4. Mcm ni pnye org pn ad ke!! Tak ptut btol!! Bg hukuman yg setimpal kt pempuan ni!

    BalasHapus
  5. Sumbat cili dlm jubo dia plak....

    BalasHapus
  6. punya bodoo, baik niyh prempuan enda pyh wujud lngsung ..

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top