Secara jujur, antara Zizan dan Johan, admin lebih menggemari lawak Johan. Lawaknya lebih spontan dan kena dengan jiwa ini. Jadi memang layak pun Jozan bergelar JOHAN ada Maharaja Lawak Mega 2012 akhir.
johan raja lawak
Ramai tidak tahu bahawa pada minggu ke 7 Maharaja Lawak Mega 2012, Johan telah menjalani pembedahan untuk menyambungkan kembali ligamen kakinya yang putus. Kecederaan ini terjadi ketika Johan sedang bermain bola. Kini, Johan terpaksa menjalani fisioterapi di Prince Court Medical Center selama 6 bulan sebagai proses pemulihan. Kata Johan:-
Miniscus saya koyak. Doktor beritahu kalau saya tak buat pembedahan segera, ia akan bertambah teruk. Jadi saya tiada pilihan lain, saya terpaksa juga jalani pembedahan pada minggu ke tujuh MLM untuk sambungkan semula ligamen saya. Selepas ni setiap hari saya akan ulang alik ke Prince Court untuk buat fisioterapi. Nasib baik hospital tu dekat saja dengan rumah saya. Pengurusan Era.FM beri saya cuti sebulan. Tapi saya tak ada masalah bertugas di konti sebab saya tak perlu selalu bergerak.
johan raja lawak
Apa yang menarik perhatian Abang Nara mengenai Jozan ialah semangat setiakawan dan silaturahim yang sangat kuat di antara Johan dan Zizan. Walaupun sakit teruk, Johan sanggup hadir untuk membantu rakannya itu. Yang penting, kemunculan Johan bukanlah untuk meraih undi simpati.
“Bukan ‘drama’ tapi ia adalah satu strategi. Saya pernah janji dengan Zizan yang saya nak bantu dia menang. Jadi saya rasa tak salah saya memperlihatkan kesakitan saya ini. Kekentalan Zizan membuat persembahan seorang diri dan berjaya mempertahankan Jozan hingga peringkat akhir membuatkan saya bersemangat dan nak juga datang. Dia memang hebat. Kami gabungkan kekuatan masing-masing dalam Jozan. Pada malam ini saya bantu secara tak langsung. Saya berkorban untuk semua, untuk diri saya, demi keluarga, demi Jozan dan demi peminat yang sentiasa menyokong kami.
Harapan admin, semoga Jozan akan kekal sehingga bila-bila. Jangan berpecah belah. Gandingan anda berdua memang sudah terbaik. Memang pecah perut dibuatnya. Teruskan usaha anda untuk memartabatkan industri lawak di dalam industri hiburan Malaysia. Info asal MalaysianDigest.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top