Britney dan Jason telah menjalinkan hubungan cinta hampir setahun.
PASANGAN Britney Spears dan Jason Trawick dilaporkan telah memutuskan hubungan mereka selepas penyanyi itu dilihat tidak lagi memakai cincin pertunangan.
Daily Mail melaporkan Britney dan Jason juga dikatakan sudah lagi tidak tinggal bersama dan telah membawa haluan masing-masing.
Malah menurut sumber terdekat pasangan itu, mereka juga sering bertengkar gara-gara Britney menolak untuk mempunyai anak dengan Jason.
“Masalah di antara mereka telah berlaku lama dan menjadi rumit kerana Britney enggan mempunyai anak dengannya,” ujarnya.
Britney sebelum ini pernah berkahwin dengan penari, Kevin Faderline dan mempunyai dua anak lelaki iaitu Jayden dan Preston.
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda