Bila sudah popular,macam-macam perangai peminat ataupun hates yang akan mencuba untuk mengambil kesempatan.Terbaru,kes penipuan akaun palsu membabitkan akaun instagram membabitkan pelakon jelita,Anzalna Nasir.Ikuti luahan hati beliau yang dipetik dari laman myartis.

Dunia hiburan tanah air tidak henti-henti dengan pelbagai kontroversi yang melanda atris tanah air, terbaru Pelakon filem Sepah The Movie, Anzalna Nasir menjadi mangsa penipuan akaun palsu Instagram.


Menurut Anzalna, beliau mengakui pernah membuka akaun Instagram sewaktu menjalani pergambaran drama Indera Jonet tetapi tidak selalu menggunakanya.

“Saya terkejut bila dapat tahu ada akaun yang menggunakan nama saya Anzalna_Nasir dan memuat naik gambar-gambar peribadi saya sedangkan saya sendiri tidak suka memuat naik gambar saya di akaun Instagram yang telah saya buat.”

“Bagi mengelakan lebih ramai yang tertipu kini saya telah membuka sebuah akaun baru yang mengunakan nama AnzalnaNasir88,” katanya

Tambah Anzalna, beliau amat pelik dengan orang yang membuat akaun palsunya itu sehingga ada sesetengah gambar yang dimuat naik di akaun palsu tidak ada dalam simpanan peribadinya.-myartis.my

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top