GRO yang ditahan dalam operasi di sebuah pub di Petaling Jaya, semalam.


PETALING JAYA – Mahu kaut untung lebih jadi punca sebuah pusat hiburan di Petaling Jaya dikesan menggunakan khidmat gadis pelayan pelanggan (GRO) untuk menarik pelanggan.

Namun kegiatan tidak bermoral itu ditumpaskan Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang melakukan serbuan di premis terbabit semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner, Arjunaidi Mohamed berkata, hasil  risikan selama seminggu itu  berjaya menahan lapan  GRO   Kemboja, Flipina dan Vietnam.


“Ketika serbuan dilakukan kebanyakan pengunjung leka dilayan GRO terbabit dan siasatan mendapati ke semua wanita itu dihantar oleh ejen,” katanya.

Katanya, bayaran tips dikenakan bergantung kepada jumlah minuman keras yang dibeli.

Katanya, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk siasatan lanjut untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah  Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 iaitu kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial dan Seksyen 55(b) Akta Imigresen 1963 iaitu  kesalahan mengambil atau menggaji warga asing  yang tidak memiliki pas yang sah.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top