KUANTAN — Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mencekup 13 pasangan remaja berumur 18 tahun hingga 25 tahun dalam operasi cegah jenayah syariah sempena sambutan Tahun Baharu 2013.
Ketua Pegawai Penguatkuasa JAIP, Mohd. Raffli Abd Malik berkata, pasangan berkenaan dicekup di beberapa hotel bajet di bandar ini dalam operasi bermula pukul 9 malam tadi dan berakhir kira-kira pukul 6.30 pagi ini.
"Kebanyakan pasangan yang ditangkap berumur dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun dan mereka didapati berkhalwat di hotel-hotel murah sekitar pusat bandar selepas meraikan sambutan tahun baharu.
"Pasangan itu bakal didakwa mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu.
Katanya, JAIP sentiasa mengadakan operasi dalam usaha membanteras umat Islam daripada terjebak dalam kes jenayah syariah seperti berkhalwat. — BERNAMA
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda