lokasi rumah Jamaluddin (dalam bulatan di kiri) dan Zulhasnan (kanan) yang akan dirobohkan.
KUALA LUMPUR – Dua bekas menteri Kabinet terpaksa menyambut kedatangan tahun baru 2013 dengan berita sedih apabila banglo mereka di Puncak Setiawangsa di sini yang berdepan insiden tanah runtuh baru-baru ini disahkan tidak selamat dan terpaksa dirobohkan.
Mereka ialah Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.
Jamaluddin pernah memegang jawatan sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi manakala Zulhasnan Rafique pernah menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.
Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), Mohd. Taufik Harun berkata, keputusan untuk merobohkan banglo mereka dibuat kerana struktur tanah di kawasan itu tidak selamat.
Beliau berkata, langkah itu juga bertujuan memberi ruang kepada zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran.
Menurutnya, sebanyak tujuh buah rumah yang terletak di Jalan Puncak Setiawangsa 2 dikesan mengalami keretakan yang boleh mengundang bahaya.
“Kita sedang cuba untuk menyelamatkan tiga atau empat buah rumah di kawasan itu termasuk rumah dua ahli parlimen berkenaan.
“Bagaimanapun, semua itu bergantung pada keadaan dan jika perlu untuk dirobohkan, kita terpaksa melakukannya demi menjaga keselamatan penduduk yang lain,” katanya ketika ditemui di lokasi tanah runtuh di sini semalam.-kosmo
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda