Datuk Siti Nurhaliza bersama suaminya Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa yang lebih dikenali dengan nama Datuk K


PENYANYI tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza menafikan laporan akhbar tempatan kononnya suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa tidak boleh bergerak berikutan kemalangan yang dialaminya minggu lalu.

Melalui laman mikro, Twitter miliknya, Siti Nurhaliza menulis bahawa Datuk K tidak patah kaki dan boleh berjalan.


“Tidak berapa tepat laporan ini... tidak patah kaki dan boleh berjalan,” tulisnya ringkas kira-kira jam 10.20 pagi tadi.



[WOW!!]Aksi Pelajar AF 5 yang terlampau


Khamis lalu, Datuk K terlibat dalam kemalangan jalan raya di Queenstown, New Zealand.

Beliau dikhabarkan mengalami patah bahu dan kaki serta patah tiga batang gigi oleh anak lelakinya Muhammad Azief melalui laman Twitter.

Datuk K selamat menjalani pembedahan yang dikatakan mengambil masa lapan jam, semalam.-sinar harian

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top