Saya ‘Nakal’ Dalam SMS Je – Ridzuan Hashim Nafi Dirinya Miang


Ridzuan Hashim merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tempatan. Lazimnya peminat-peminat akan melihat dirinya dalam bidang lakonan dan sering membawakan watak-watak berupa lelaki ‘nakal,’ kepala gangster serta ahli koprat yang bersikap antagonis.

Namun begitu, lain pula kali ini, di mana buat julung kalinya Ridzuan Hashima bakal menjadi pengacara untuk sebuah program realiti TV yang menggabungkan elemen ‘Fear Factor’ dan ‘Seekers’ yang dikenali sebagai ‘PANIK.’


Menurut Ridzuan Hashim, di juga sudah muak untuk memegang watak yang sama dan mengambil inisiatif untuk mencuba bidang pengacaraan pula.

“Ini adalah kali pertama saya ditawarkan untuk menjadi pengacara dan ia adalah satu benda yang paling menarik. Penggambaran program ini pun dilakukan pada waktu malam, jadi ia memerlukan persediaan awal yang lengkap dan terperinci.”

“Saya akui bidang pengacaraan memang berbeza dengan bidang lakonan, di mana dalam lakonan kita hanya fokus untuk satu kamera sahaja, tetapi dalam bidang pengacaraan sebegini saya perlu berkomunikasi dengan 2,3 kamera. Pada awalnya memang agak sukar tetapi apabila sudah faham dan sudah dapat rentak yang sebenar, semuanya menjadi lebih mudah.”

“Sebenarnya saya memang dah muak asyik lakonkan watak yang sama sahaja, sekali sekala teringin juga mencuba sesuatu yang baru. Sejak akhir-akhir ini saya kurang suka dengan adegan-adegan romantis dan kalau boleh saya nak bawa watak aksi pula,” ujar Ridzuan Hashim sambil tersenyum.

Memandangkan Ridzuan sering membawakan watak lelaki ‘nakal’ atau miang, jadi timbul juga persoalan di kalangan pihak media adakah secara realiti dirinya memang seorang yang ‘nakal’ dan suka akan gadis-gadis muda yang cantik serta seksi?

Sambil tergelak Ridzuan menjawab, “Mana ada, saya ‘nakal’ dalam SMS je luaran tak pun. Lagipun saya memang tak suka nak bersosial di laman-laman Facebook dan Twitter. Saya pun tak ada akaun laman sosial sebegitu dan saya lebih suka berjumpa secara ‘face to face.’

“Saya bukannya tak percaya Facebook. Tetapi banyak benda yang tak betul dan tak boleh percaya dekat Facebook. Kalau jumpa berdepan senang, kita boleh tahu dan kenal karakter orang tu macam mana.”

Menyentuh soal peribadi aktor berbakat besar ini, pihak media teringin juga tahu adakah hatinya sudah tertarik dengan mana-mana wanita dan bilakah agaknya pelakon ini ingin menamatkan zaman solonya selepas perkahwinannya dengan Didie Alias terputus di tengah jalan.

“Buat masa sekarang saya lebih selesa hidup solo dan belum ada jodoh untuk mendirikan rumah tangga. Kalau ada jodoh, esok juga saya nak kahwin. Tetapi masalahnya saya belum jumpa lagi pasangan yang betul-betul sesuai dengan diri saya.”

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top