SKRIN di belakang kamera membolehkan pengguna menyunting terus gambar dan memuat naik ke laman sosial.


PELANCARAN kamera pintar Samsung Galaxy baru-baru ini membuktikan bahawa Samsung, jenama global terkemuka dalam media digital dan teknologi penumpuan digital sentiasa komited dalam menawarkan gajet idaman pengguna.

Revolusi komunikasi visual dapat dilihat melalui rekaan peranti istimewa yang diyakini mampu mencuri tumpuan penggemarnya.


Dikenali sebagai Connected Camera, ia menggabungkan ciri-ciri fotografi berprestasi tinggi dengan kebebasan sambungan internet 3G dan WiFi yang dikuasakan oleh platform Android 4.1 (Jelly Bean).




Kini, sebaik lensa kamera merakam sesuatu imej, ia boleh terus dimuat naik ke laman sosial kegemaran masing-masing seperti Facebook, Twitter atau Instagram.

Selain menyediakan aktiviti merakam imej, kamera Samsung Galaxy turut membolehkan pengguna menyunting gambar atau video sebelum dikongsi bersama keluarga tersayang atau rakan-rakan dengan satu langkah mudah.

Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., Kwon Jae Hoon berkata, pengenalan terhadap kamera Samsung Galaxy menunjukkan betapa teknologi kamera kini telah berubah dengan pantas.



“Kami telah berjaya menembusi tembok kebiasaan bagi penggunaan teknologi kamera konvensional. Menerusi gabungan Unit Telefon dan Perniagaan Imej Digital, Samsung berjaya menghasilkan sebuah kamera yang menepati cita rasa semua,” katanya.

Bagi mengelakkan aktiviti pelayaran internet menerusi kamera itu menjadi perlahan ketika waktu puncak, ia turut dilengkapi bersama teknologi Dual Band dan Channel Bonding.

Justeru, jangan ketinggalan untuk meneroka keseronokan menggunakan peranti serba canggih ini yang dijual pada harga yang amat berpatutan.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top