Remaja Pulang Sendirian Kena Rogol Dalam Semak
Kuala Lumpur : Seorang gadis remaja dirogol selepas ditarik ke dalam semak ketika sedang berjalan bersendirian menuju ke Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Sri Rampai, lewat malam kelmarin.
Hasil siasatan awal yang dijalankan, polis tidak menolak kemungkinan suspek adalah lelaki sama yang ditahan kerana menunjukkan kemaluan kepada wanita pengguna LRT di stesen sama di sini, September lalu.
Dalam kejadian jam 10.15 malam itu, mangsa berusia 18 tahun yang bekerja di kafe pusat beli-belah Wangsa Walk, sedang berjalan bersendirian menuju ke stesen berkenaan untuk mengambil tren pulang ke rumahnya di Datuk Keramat.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairy Ahrasa, berkata selepas menarik mangsa ke dalam kawasan semak dan jauh dari kawasan laluan pejalan kaki, suspek kemudiannya bertindak agresif merogol mangsa.
“Berdasarkan keterangan mangsa, kejadian berlaku begitu pantas tanpa disedari oleh orang awam yang berada tidak jauh dari mangsa selepas dia ditarik secara mengejut ke dalam semak sebelum suspek bertindak merogolnya,” katanya ketika dihubungi semalam.
Suspek lelaki gila seks
Katanya, sejurus kejadian, suspek kemudian melarikan diri sebelum gadis itu ditemui oleh anggota Polis Bantuan stesen LRT dan kemudiannya diserahkan kepada anggota dan pegawai dari Balai Polis Wangsa Maju untuk siasatan lanjut.
Polis tidak menolak kemungkinan suspek adalah penduduk di kawasan berhampiran dan seorang lelaki yang dikategorikan sebagai gila seks.-bharian
sumber
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda