Penjelasan isu kening oleh Abby Abadi
Mungkin, orang ramai semakin muak untuk membaca kisah hidup pelakon wanita, Abby Abadi yang juga sekarang ini aktif terlibat dalam ceramah-ceramah agama secara bebas.
Di awal perubahan dan penghijrahan diri Abby dengan memakai hijab, ramai yang memuji dirinya kerana semakin berubah menjadi lebih baik.
Seterusnya, menganggap diri Abby adalah wanita yang kuat kerana berani menghadapi cubaan dan ujian hidup yang datang bertimpa-timpa.
Tidak lama selepas itu, Abby semakin lantang bersuara mengenai kejahilan manusia khususnya artis-artis tempatan.
Disebabkan percakapan dan tegurannya, semakin ramai yang tidak berapa berkenan dengan langkah untuk memberikan kesedaran yang Abby gunakan.
Kerana, bagi mereka, Abby perlu mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam sebelum berani untuk membidas cakap orang lain.
Antara perkara yang orang ramai tidak berkenan dan mempertikaikan diri Abby adalah isu bulu keningnya yang halus dan dicukur.
Jadi, keningnya yang sentiasa halus itu telah membuatkan orang ramai berfikir tentang diri Abby yang umpamanya ‘cakap tak serupa bikin’ kerana, ingin mentarbiyah orang ramai, tetapi dirinya masih lagi terumbang-ambing.
Isu kening itu nampaknya tidak pernah berhenti dan sering dipersoalkan oleh orang ramai.
Mungkin perkara itu membuatkan Abby rimas atau letih untuk menjawab, menerusi laman Twitternya, Abby telah memuat naik gambar dia dan ibunya sebagai jawapan persoalan tentang keningnya pada hari Isnin lalu.
Kata Abby, “Pd yg mjadikan ‘kening’ Sy sbg mslh negara yg perlu dibendung, ini gmbr yg mjelaskan. ‘Mak borek Ank Rintik ye ”
Hanya Abby sahaja yang tahu apa yang dia maksudkan dengan pepatah ‘Mak borek anak rintik’. Wallahua’lam. –MyNewsHub.my
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda