Pembunuh Nur Rahayu dijatuhi hukuman gantung
JOHOR BAHRU – Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang gadis berumur 16 tahun pada Jun 2011.
Dalam keputusannya, Hakim, Datuk Abdul Halim Aman mendapati pihak pembelaan gagal mengemukakan keraguan munasabah dan keterangan tertuduh, D Kalaiselvan, 47, bersifat penafian tanpa bukti kukuh.
Berdasarkan fakta kes, dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi hingga jam 2.50 pagi, 18 Jun 2011, di ladang kelapa sawit Sungai Masai, Jalan-Masai di sini, tertuduh telah membunuh seorang pelajar sekolah menengah, Nur Rahayu Qomarodin, 16.
Kalaiselvan yang diwakili peguam Md Zahar Ngah, didapati bersalah dan dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.
Sepanjang perbicaraan kes, seramai 18 saksi dipanggil untuk memberi keterangan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad.
Dalam penghakimannya, Abdul Halim berkata, mahkamah telah memberi peluang kepada tertuduh untuk melihat kembali video rakaman percakapnnya ketika disoal siasat, bagaimanapun keterangannya di mahkamah berbeza dengan rekod polis.
Tertuduh yang ditahan pada 3 Julai tahun lalu, juga menafikan membunuh dan membakar mayat mangsa dan memindahkan bebanan pertuduhan kepada dua individu lain yang dikenali sebagai Ramani dan Siva.“Kami menangkapnya selepas menerima laporan daripada penduduk,” kata Budi. “Setakat ini hanya satu orang yang dilaporkan ditipu oleh pelaku (Bantil) dengan memberikan 170 juta rupiah bagi membersihkan dosa-dosanya. Kami mengesyaki puluhan isteri para pengikutnya sudah ditiduri Bantil bagi menghapuskan dosanya. Kami masih menyiasat perkara itu,” jelas Budi.
Budi juga menjelaskan polis telah mengumpulkan beberapa alat bukti termasuk peranti bagi ritual seperti serban, boneka, kayu azimat, wang kertas dan tanda terima atau nota bayaran daripada pengikutnya.
Bantil sendiri telah mengaku meniduri isteri puluhan pengikutnya dengan alasan “membersihkan dosa-dosa mereka”. Polis juga mengesyaki Bantil menyihir para mangsanya.
Polis mengaku telah berunding dengan Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan Kementerian Agama tentang sekte Bantil, dan kedua-dua badan agama itu menyatakan kepada polis bahawa ajaran Bantil telah melencong dari Islam.
Polis juga telah berbincang apakah Bantil juga akan disabit dengan kesalahan penodaan agama.
Bantil dijelaskan memulakan ajaran menyimpangnya pada tahun 2006. Untuk mengaburi para penduduk tempatan ia mendirikan sebuah desa khusus bagi pengikutnya. Pada 2008, seorang warga sudah menyatakan menentang adanya nabi palsu dalam desa tersebut, namun polis tidak dapat menangkapnya kerana kurang bukti.
Bagaimanapun, hakim menegaskan, pembelaan yang dikemukan tertuduh tidak kukuh dan wajar ditolak kerana hanya bersifat satu penafian kosong dan tidak pernah dibangkitkan semasa pendakwaan.
Tertuduh juga gagal memberikan gambaran lengkap siapakah Siva,sama ada ia watak rekaan, malah mahkamah turut mempersoalkan tindakan tertuduh yang melarikan diri selepas rakan sekerjanya, Ramani ditahan polis.
Kesimpulannya, Abdul Halim memutuskan, senario kes pembunuhan berkenaan secara keseluruhan begitu tragis dengan tindakan tertuduh yang cuba memusnahkan bukti dengan membakar mayat.
Perbuatan Kalaiselvan juga disifatkan kejam dan tidak berperikemanusiaan sedangkan dia juga seorang ayah dan mempunyai anak sebaya dengan mangsa.
Sebaik dijatuhi hukuman, Kalaiselvan kelihatan sugul dan peguambela akan mengemukan rayuan.
Peguam, Khairul Azwad Sariman turut hadir sebagai peguam pemerhati bagi mewakili keluarga mangsa.
Sementara itu, bapa mangsa, Qomarodin Bajuri, 48, yang turut mengikuti prosiding terbabit dilihat menitiskan air mata sejurus hukuman terhadap Kalaiselvan diputuskan mahkamah.
Kontraktor binaan itu yang ditemui di luar mahkamah kemudian berkata dia amat berpuas hati dengan keputusan itu yang dilihat setimpal dengan perbuatan yang menimpa anaknya.
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda