BEIJING : Seorang pegawai kerajaan ditahan di China selepas didakwa menerima rasuah untuk membolehkannya membuat bayaran bagi perkhidmatan seks dan meneruskan rancangannya untuk meniduri sehingga 800 wanita, lapor media tempatan hari ini.

Akhbar harian Dahe melaporkan, perbuatan ketua jabatan berusia 47 tahun di bandar Anqing di timur negara itu didedahkan kepada pihak berkuasa oleh isterinya sendiri setelah membaca diari suaminya yang mengandungi maklumat terperinci aktiviti seksnya dan butiran bayaran rasuah.


[DASYAT!!] [VIDEO]Remaja ini mengaku tidur dengan 300 orang lelaki,buat seks dikatil ibunya

[GILA!!]Warren beatty pernah tidur dengan 12,000 orang wanita
Lelaki tersebut yang diberi gelaran ‘Wang Cheng’ oleh akhbar berkenaan turut merakamkan secara rahsia perbuatannya itu dan menyimpannya dalam sebuah sebuah cakera keras yang ditemui bersama diari tersebut.

”Dia sibuk lapan jam sehari untuk mendapatkan rasuah dan sibuk lapan jam lagi dengan aktiviti seks,” lapor akhbar berkenaan memetik kata-kata para pendakwa.

Menurutnya, berdasarkan catatan paling awal dalam diari berkenaan mulai 2003, Wang menetapkan sasaran untuk meniduri 56 wanita setahun dan ketika yang sama mengekalkan dua wanita simpanan dari ‘keluarga orang terhormat’.

Untuk membolehkannya berbuat demikian, Wang berkata, dia perlu mengumpul 100,000 yuan (RM48,180) dalam bentuk rasuah setiap tahun, satu jumlah yang lebih lima kali ganda berbanding pendapatan tahunannya.

Dalam tahun-tahun seterusnya ketika dia terus menjawat jawatan lebih tinggi di tempat kerjanya, dia mengambil lebih banyak rasuah dan meniduri lebih ramai wanita terutamanya apabila mereka yang membayar rasuah kepadanya mendapat tahu tabiat seksnya.

”Wang mengakui membelanjakan beberapa ratus ribu yuan untuk mendapatkan khidmat seks.

”Jika bukan kerana kuasa yang dipegangnya, dia tidak mungkin mampu memperoleh wang sebanyak itu,” kata para pendakwa.

Wang mengakui sudah meniduri lebih 500 wanita dan menetapkan sasaran mengadakan hubungan seks dengan 600 hingga 800 wanita.

Parti Komunis China berusaha menangani rasuah sejak sekian lama bertujuan mengurangkan perasaan marah rakyat terhadap para pegawai yang kerap dilaporkan mengambil rasuah.

Bagaimanapun laporan tentang amalan rasuah terus menonjol, kerap didedahkan oleh pengguna laman web atau akhbar.

Bulan lepas, seorang pegawai di wilayah Guangxi dipecat dan diberkas selepas diarinya yang memperincikan amalan seks dan rasuah didedahkan di Internet.

Diari Han Feng mengandungi maklumat tentang perlakuan seks dengan beberapa wanita muda termasuk kakitangan kerajaan dan aktiviti bersosial dengan para pegawai lain dan ahli perniagaan.


sumber

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top