Rasanya semua orang tahu betapa rapat nya Nora Danish dengan keluarga bekas mentuanya. Setiap tahun, walaupun selepas penceraian dengan Jejai, Nora Danish akan turut serta di dalam holiday trip keluarga mentuanya.

Hari ini, menerusi Berita Harian, Nora Danish menegaskan yang dia tidak pernah mengambil kesempatan atas hubungan rapatnya itu. Menerangkan tentang fitnah yang melanda dirinya (kononnya Nora menghasut keluarga mentuanya), Nora Danish berkata:-


Nora akui memang rapat dengan keluarga bekas mentua kerana anak. Mengapa tidak, Nora pernah menjadi sebahagian daripada  keluarga itu. Tetapi Nora tidak pernah cerita apa pun kepada mereka.
Malah Nora menegaskan yang dia tidak menyimpan dendam atau marah kepada isteri Jejai sekarang, Fasha Sandha. Tambah manis apabila Nora mendoakan agar Fasha dikurniakan anak lelaki. Kata Nora:-
          Saya cuma mengharapkan Jejai tidak mengulangi kesilapan lalu dan memberikan kasih sayang sama rata kepada anak. Nora berdoa Fasha dikurniakan anak lelaki kerana Jejai mahu anaknya mengikut jejak dia meminati sukan permotoran.




Semoga dengan penerangan daripada NoraDanish ini, kita semua tidak lagi menyimpan buruk sangka dan menamatkan segala kontroversi yang melanda dirinya, Jejai dan Fasha Sandha. Mereka semua pun sudah bahagia bersama orang yang tersayang. Nora pun dah doakan kebahagiaan Fasha. Fasha pun tampak sangat bahagia bersama Jejai. Marilah kita sama-sama doakan agar kebahagiaan itu akan menjadi milik mereka selamanya.-beautifulnara.com

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top