BEGINILAH keadaan kereta Ford Laser Said Ibnu Aslam setelah terlibat dalam kemalangan di Nibong Tebal hingga mengakibatkan anaknya, Muhammad Aslam Maricar maut selepas diseret sejauh 10 kilometer.
Kejadian menyayat hati pada pukul 8.45 malam itu mengakibatkan Muhammad Aslam Maricar Said Ibnu Aslam, 3, maut.
Mayatnya ditemui tiga jam kemudian iaitu pada pukul 11 malam di lorong kecemasan lebuh raya oleh orang awam yang membantu mencari selepas bapanya, Said Ibnu Aslam G. M. Ismail, 47, mengadu salah seorang anaknya hilang selepas kemalangan.
Sebelum kejadian, Muhammad Aslam Maricar bersama tujuh lagi ahli keluarganya dalam perjalanan pulang ke Ayer Itam, Pulau Pinang selepas seharian bercuti di Bukit Merah Laketown Resort di Taiping, Perak.
Kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu bapa mangsa, Said Ibnu Aslam GM Ismail, 47, cuba mengelak daripada melanggar seekor binatang, menyebabkan kenderaan itu berpusing sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.
Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan dan diheret kenderaan lain, sementara tiga lagi adik beradik mangsa tercampak ke dalam longkang, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Mereka dikenali Zulqarnain Aslam, 14, Sharol Ramadhan, 12 dan Nur Aisyah Aslam, 2. Semua mereka termasuk bapa hanya mengalami cedera ringan, katanya.
Menurut Mohd Shafien, dua lagi penumpang iaitu ibu mangsa Nuris Berutu, 40, dan adik perempuannya Nurjadi, 28, tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Difahamkan keluarga berkenaan dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang dari Ipoh dan polis yakin kereta itu dipandu dengan begitu laju,” katanya.
Menurutnya semua mangsa kini dirawat di Hospital Seberang Jaya dan keadaan mereka dilapor stabil.
Shafien berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM10,000 serta digantung lesen memandu selama setahun, jika sabit kesalahan-kosmo
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda