KUALA LUMPUR – Ketika ini tumpuan penjaga gol kebangsaan Apex, 23, tidak boleh diganggu kerana dia sedang sibuk dengan memberi fokus kepada Piala AFF Suzuki 2012.

Kesibukkannya itu membuatkan persiapan perkahwinannya dengan Leuniey Natasha yang bakal berlangsung pada hujung bulan ini terpaksa diuruskan oleh pembantu peribadinya, Razif Rosdi.

Walaupun begitu, Apex atau Khairul Fahmi Che Mat tetap berhasrat ingin mengantar kad jemputan perkahwinanya secara peribadi apabila tamat perjuangannya pada Piala AFF Suzuki nanti.

Menurut Apex yang dipetik melalui Murai.com, ada sesetengah kad itu sudah mula diedarkan oleh Leuniey.

“Ketika ini, kad jemputan sudah pun mula dihantar oleh Leuniey dan keluarga saya.

“Untuk majlis resepsi di Kuala Lumpur, pengurus saya yang menguruskan segalanya.

“Namun, Insya-Allah, saya akan meluangkan masa seketika untuk menghantar sendiri kad jemputan saya kepada jemputan istimewa,” katanya.


Meneruskan penjelasan, Apex rasa bersyukur kerana kad yang direka LH Creative Concept ini memenuhi citarasa dia dengan Leuniey.

Sementara itu, Malaysia bakal berentap dengan Thailand untuk separuh akhir Piala AFF Suzuki yang pertama, pada malam Ahad ini (9 Disember 2012).

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top