SHAH ALAM: Tidak mahu terus bergelumang dengan dosa, seorang ibu tunggal tiga anak yang menjadi wanita simpanan seorang pegawai kerajaan selama hampir 11 tahun, rela berdepan hukuman apabila menyerah diri di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), di sini, kelmarin.

Wanita berusia 40-an itu mengaku sudah empat kali menggugurkan kandungan hasil hubungan haram itu, namun kini insaf selepas menyedari kekasih gelapnya itu hanya menjadikannya alat pemuas nafsu.

Malah, dia yang mahu dikenali sebagai Ros berkata, lelaki itu sering memukulnya hingga hidungnya patah akibat dipijak dan wangnya juga dikikis sehingga puluhan ribu ringgit termasuk untuk membeli kereta.



Menurut Ros, penyesalannya semakin mendalam selepas anak lelaki yang berusia 10 tahun mengetahui perhubungan terlarangnya itu dan menasihatkannya meninggalkan lelaki terbabit.

ADU…Ros menunjukkan salinan aduan yang dibuat di Jais, semalam.

“Tambahan pula, kini lelaki itu sudah meninggalkan saya dan menjalin hubungan dengan perempuan lain. Jadi, terbukti dia bukan mahu menjadikan saya isteri keduanya seperti dijanjikan.-hmetro

Posting Komentar

  1. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Lelaki begitulah, tujuannya untuk apa, seks lah. Dah puas dapat. Bye Bye. Mereka nak rasa yang lain pulak. Dah jelak makan ikan tenggiri, hendak pulak makan ikan cencaru. Dah jelak makan ikan cencaru, hendak pulak makan ikan tuna. Alahai. Hairan saya kenapa perempuan Malaysia terlalu mudah sangat diperdayakan. Di Singapura tak pernah dengar pulak cerita cam ni.

    BalasHapus
  2. syukurlah....pintu taubat dan keampunan Allah itu seluas. langit dan bumi dekatkan diri kepada Yang Mencipta,jauhi dan sesali apa yang berlaku dan Taubat Nasuha

    BalasHapus
  3. Semoga dilaknati lelaki buaya perangai mcm musang...seorang wanita janda pula adalah dipertanggubjawapkan masyarakat...dijaga dimuliakan seperti anak yatim... patut di bantu!

    BalasHapus
  4. MOhamed bin ashik.. sbb lelaki di malaysia ramai yg dayus.. yg kuat agama pn kaki joli berbini ramai... sapa lg nk cri skrg.. hmm

    BalasHapus
  5. Itulah jadinya bila suka memilih bukan berdasarkan nilai agama. Banyak dah berlaku...

    BalasHapus
  6. inilah akibat terlalu kejar dunia

    BalasHapus
  7. Alhamdulillah skrg dah insaf. Semoga kejadian yg sama xkn terulang lg. Kite doakn kehidupn yg terbaik tuk die.

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top